Tiket Kongsi Kod Malaysia Airlines-Emirates Boleh Dibeli Mulai Isnin

Diterbitkan: Ahad, 28 Februari 2016 8:43 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelanggan Malaysia Airlines boleh membeli tiket penerbangan perkongsian kod mereka di Emirates bermula Isnin, 29 Februari 2016.

Ahli Enrich boleh memperoleh 25 peratus mata bonus bagi mana-manapenerbangan perkongsian kod MH4500-MH4999 yang dikendalikan oleh Emirates antara 22 Februari sehingga 19 April, 2016, bersempena dengan pelancaran perkongsian kod itu, kata Malaysia Airlines dalam satu kenyataan pada Ahad.

Syarikat penerbangan itu memulakan perjanjian perkongsian kodnya dengan Emirates minggu lepas, dengan kedua-dua syarikat penerbangan tersebut meletakkan kodnya di laluan Kuala Lumpur-Dubai, serta laluan lain di bawah perjanjian perkongsian kod itu.

Perkhidmatan ke Dubai akan beroperasi tiga kali sehari menggunakan Boeing 777 dan sekali sehari menggunakan Airbus 380.

Perjanjian itu yang diumumkan awal Disember 2015, merupakan satu daripada perjanjian perkongsian kod terbesar Malaysia Airlines dan menawarkan banyak destinasi baharu kepada pelanggan.  

Bagi pelanggan Malaysia Airlines, ini akan merangkumi lebih 30 destinasi Amerika Selatan dan Eropah termasuk Rome, Paris, Zurich, Geneva, Stockholm, Madrid, Barcelona dan lain-lain, yang akan diperkenalkan secara berperingkat dalam masa beberapa minggu akan datang kerana kelulusan kawal selia telah diperoleh, kata syarikat penerbangan itu. 

"Perkongsian kod penerbangan Malaysia Airlines dan Emirates merupakan sebahagian penting daripada pelan rangkaian masa depan kami ketika kami menumpukan untuk menghubungkan pelanggan kami ke seluruh dunia.  

"Kami gembira melancarkan kerjasama ini dan kami yakin pelanggan kami akan mendapat manfaat daripada perjanjian ini," kata Ketua Pegawai Komersial Malaysia Airlines, Paul Simmons.

Sementara itu, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Komersial Emirates,Thierry Antinori berkata perjanjian perkongsian kod penerbangan dengan Malaysia Airlines akan menyediakan lebih banyak pilihan bagi pelanggan dan hubungan meluas ke 39 destinasi di Eropah.

"Pada masa yang sama, perjanjian itu akan menawarkan kepada pelanggan daripada seluruh rangkaian global Emirates akses ke Malaysia dan pelbagai destinasi dalam rangkaian menyeluruh Asia Pasifik Malaysia Airlines," kata Antinori.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Malaysia Airlines , Emirates

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan