Mitsubishi Motors Malaysia Sasar Jual 12,000 Kenderaan

Diterbitkan: Jumaat, 26 Februari 2016 11:08 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mitsubishi Motors Malaysia Sdn Bhd, pengedar kenderaan Mitsubishi di Malaysia menyasarkan jualan 12,000 unit kenderaan itu bagi tahun kewangan April 2016 hingga Mac 2017.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yang Won-Chul berkata kenderaan utiliti sukan (SUV) edisi terbaharu Outlander, pikap Triton dan model kompak SUV ASX akan menjadi pemacu utama jualan kenderaan dalam tempoh berkenaan.

"Kita juga menyasarkan untuk menguasai 25 peratus bahagian pasaran bagi segmen SUV bersaiz sederhana di Malaysia dengan sasaran jualan bulanan sebanyak 100 unit," katanya kepada pemberita pada majlis previu media SUV Outlander di sini, Jumaat, menjelang pelancarannya pada April depan.

Yang turut menjangkakan jumlah jualan akan mencecah 10,200 unit kenderaan bagi tahun kewangan berakhir Mac ini.

Mengulas SUV Outlander itu, beliau berkata kenderaan berkenaan disasarkan untuk lelaki dan wanita berusia 35 tahun ke atas.

"Saya optimistik bahawa SUV dengan harga dan reka bentuk menarik, ruang tujuh tempat duduk, ciri-ciri keselamatan dan premium ini mampu menambat hati ramai keluarga Malaysia," katanya.

Tahun 2016 juga menandakan tahun kesebelas kehadiran syarikat itu di pasaran Malaysia.

SUV Outlander itu ditawarkan dalam tiga warna iaitu merah, putih dan kelabu dengan tawaran harga pengenalan RM166,720 seunit di atas jalan (tanpa insurans)bagi tempahan dan pendaftaran yang dibuat sebelum 31 Mei ini.

Turut ditawarkan, pakej jaminan lima tahun atau 100,000 kilometer - yang mana terlebih dahulu.

Kenderaan yang turut didatangkan dalam model pacuan empat roda (4WD), adalah  jenis pasang siap sepenuhnya (CBU) dari Jepun dan dikuasakan enjin Mitsubishi 'Inovative Valve Timing Electronic Control' (MIVEC) 2.4 liter.

Tempahan bagi kenderaan itu boleh dibuat mulai hari ini.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Mitsubishi Motors , Outlander , Triton

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan