Kaunter Minyak Dan Gas Meningkat Susulan Dakwaan Pengurangan Keluaran - Niaga | mStar

Kaunter Minyak Dan Gas Meningkat Susulan Dakwaan Pengurangan Keluaran

Diterbitkan: Khamis, 4 Februari 2016 12:54 PM

saham
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kaunter minyak dan gas, diterajui syarikat berkaitan Petronas, meningkat pada Khamis susulan desas desus pasaran kemungkinan mesyuarat dalam kalangan pengeluar minyak untuk membincangkan pengurangan pengeluaran, kata para peniaga.

Pada 11.44 pagi hari ini, Petronas Dagangan Bhd menerajui senarai kaunter untung utama, naik 54 sen kepada RM25.78 dengan 133,400 saham diniagakan, diikuti Petronas Gas Bhd, yang meningkat 44 sen kepada RM22.46 dengan 260,300 saham bertukar tangan.

Sementara itu, SapuraKencana Petroleum Bhd merupakan antara kaunter paling cergas, melonjak sembilan sen kepada RM1.84 dengan 16.5 juta saham diniagakan.

Menurut beberapa laporan, Russia mahukan perjanjian dengan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) untuk membendung lebihan pengeluaran global.

Satu laporan memetik Menteri Luar Russia Sergei Lavrov sebagai berkata negara itu terbuka untuk bekerjasama dengan kartel minyak dan negara-negara di luarnya, bagi mengawal pengeluaran dan meningkatkan harga.

Russia bergantung penuh kepada hasil minyak dan gas kerana komoditi itu merupakan sumber pendapatan utamanya dengan 50 peratus hasil negara disumbang sektor tersebut.

Bagi setiap penurunan dolar dalam harga minyak, Russia kerugian hasil kira-kira US$2 bilion.

Brent Crude, penanda aras minyak mentah global, meningkat kepada kira-kira US$35 setong dalam dagangan semalaman daripada US$32 setong, apabila para peniaga mengambil kesempatan daripada penurunan dolar. 

Tags / Kata Kunci: Minyak , Gas
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan