Boeing Serah 787 Dreamliner Pertama Kepada Saudia

Diterbitkan: Rabu, 3 Februari 2016 3:40 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Boeing menyerahkan dua pesawat Boeing 787-9 Dreamliner dan sebuah 777-300ER kepada Saudia, syarikat penerbangan negara Arab Saudi.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, Boeing berkata ia akan menyerahkan Dreamliner ketiga kepada syarikat penerbangan itu minggu depan.

Saudia menempah lapan 787-9 pada 2010, kata Boeing.

"Penyerahan kepada Saudia ini adalah saat yang bermakna dalam kerjasama  yang berkembang pesat sejak beberapa dekad lalu.

"Hari ini kami bangga, bukan sahaja kerana Saudia menyertai pangkalan pelanggan 787 kami di Timur Tengah, tetapi juga kerana keyakinan berterusan syarikat penerbangan itu terhadap teknologi dan pesawat udara Boeing selama ini," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Pesawat Komersial Boeing, Ray Conner.

Sementara itu, Ketua Pengarah Saudi Arabian Airlines (Saudia), Saleh Nasser al-Jasser berkata penyerahan pesawat Dreamliner pertama syarikat tersebut menandakan bermulanya bab baharu dalam hubungan Saudia dan Boeing yang bermula pada 1960-an.

"Mempunyai reputasi bagus dari segi kebolehpercayaan, kecekapan operasi dan keselesaan, kami gembira dengan ketibaan 787 sebagai sebahagian armada Saudia dalam usaha kami memodenkan dan mengembangkan armada yang merupakan sebahagian daripada pelan transformasi kami," katanya.

Syarikat itu kini mempunyai 48 pesawat Boeing dalam armadanya termasuk 777-200ER, 777-300ER dan 747-400.

Dalam tempoh lebih 55 tahun lalu, Saudia menerima lebih 130 pesawat Boeing termasuk 707, 737, MD-11F, DC-9 dan MD90.

Boeing 787 Dreamliner merupakan pesawat udara komersial bersaiz besar serba baharu yang membolehkan syarikat penerbangan mengoperasikan penerbangan jarak jauh secara terus, sekali gus menawarkan kecekapan kos.

Sejak menyertai industri pada 2011, rangkaian 787 terbang di lebih 350 laluan termasuk 75 laluan penerbangan tanpa henti baharu di seluruh dunia. 

Lebih 60 pelanggan termasuk Saudia menempah lebih 1,000 pesawat itu, menjadikan 787 Dreamliner pesawat lorong kembar terlaris dalam sejarah Boeing.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Boeing , Dreamliner , Saudia

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan