Rakan Kongsi RHB, Fidessa Group Akan Laksana Platform Dagangan Strategik

Diterbitkan: Selasa, 2 Februari 2016 4:05 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: RHB Investment Bank Bhd (RHB) memeterai perkongsian dengan Fidessa Group plc untuk melaksanakan Fidessa, platform dagangan strategik di seluruh Asia.

Fidessa Group, syarikat dari Britain, merupakan penyedia dagangan, pelaburan dan maklumat yang unggul. 

Fidessa adalah platform yang menyediakan keupayaan canggih, termasuk dagangan algoritma dalam semua pasaran ahli, IOI risikan dan sistem pengurusan arahan berpusat dengan pejabat bersepadu yang menyokong perniagaan serantau RHB yang sedang berkembang pesat. 

Fidessa Group dalam satu kenyataan berkata faktor utama bagi RHB dalam memilih teknologi Fidessa ialah keupayaannya untuk menyediakan kepantasan dan ketangkasan kepada pelbagai pelanggan FIX serta menawarkan pilihan kepada mereka untuk melaksanakan secara manual, langsung, atau menerusi model algoritma yang disesuaikan bagi negara berbeza. 

"Oleh kerana broker global semakin berkurangan di rantau ini dan bank-bank Asia menjadi semakin penting, asas sistem mereka perlu difikirkan semula," kata Ketua Jualan Fidessa, Phillip Jeffrey.

Sementara itu, Ketua Institutional Broking RHB Lena Yong berkata, pelanggan RHB akan menyaksikan peningkatan ketara dalam perkhidmatan dan boleh memilih meniaga di seluruh Asia atau antarabangsa. 

"Melaksanakan penyelesaian ini merupakan sebahagian daripada strategi penting kami untuk mengukuhkan sistem kami dan terus menjadi bank pelaburan utama," katanya.

Rangkaian global Fidessa menghubungkan 4,800 'buy-sides' dengan 730 broker di lebih daripada 200 pasaran di seluruh dunia. 

Platform dagangannya meraih banyak anugerah pada 2015 antaranya dipilih sebagai Platform Dagangan Terbaik pada anugerah Asian Banker Financial Markets Awards, Platform Pelaksanaan Sell-side Front Office Terbaik pada Anugerah Waters' Sell-side Technology Awards, dan dipilih oleh pemain pasaran sebagai penyedia Sell-Side OMS terbaik dalam Waters Rankings tahunan.--Bernama 


Tags / Kata Kunci: Fidessa Group , RHB , Britain

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan