suria

Qudotech Raih Kontrak Ahmad Zaki Bernilai RM19 Juta

KUALA LUMPUR: Unit AWC Bhd, Qudotech Sdn Bhd, meraih kontrak bernilai RM19 juta daripada Ahmad Zaki Sdn Bhd, bagi kerja-kerja pemasangan paip untuk projek pengubahsuaian hotel 50 tingkat dan pejabat 35 tingkat di Jalan Sultan Ismail.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia Selasa, AWC berkata nilai kontrak sebanyak RM19 juta itu, bagaimanapun, tidak termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan.

Kontrak yang diberikan kepada Qudotech pada 23 Jan, 2016 ditandatangani hari ini, dan berkuat kuasa dari tarikh penerimaan dan akan siap menjelang akhir 2017, kata AWC.

Projek itu adalah pembangunan semula bangunan lama Malaysia Airline System di Jalan Sultan Ismail yang telah dibeli oleh Permodalan Nasional Bhd pada 2006.

"Selain Projek Menara yang diumumkan oleh AWC pada 11 Jan, 2016, subkontrak ini dijangka mengukuhkan lagi nilai kontrak Qudotech," katanya.-- Bernama

Artikel Lain