AirAsia Guna Pesawat Airbus A320Neo Tahun Ini

Diterbitkan: Sabtu, 30 Januari 2016 2:32 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: AirAsia Bhd akan menerima empat pesawat Airbus A320neo untuk melengkapi barisan pesawat sedia ada pada suku kedua tahun ini yang disusuli penerimaan 200 lagi pesawat sama menjelang 2028.

Pesawat terbaharu A320neo yang dikuasakan enjin terkini Leap-X keluaran CFM International, akan digunakan bagi semua laluan syarikat penerbangan tambang rendah berkenaan.

Ketua Juruterbang Teknikal dan Kecekapan Kumpulan, Rajesh Gill berkata antara kelebihan pesawat A320neo itu adalah aspek penjimatan bahan api sehingga 20 peratus serta mampu membawa tambahan kargo dua tan dari segi muatan berdasarkan kemampuan jaraknya.

"AirAsia membuat tempahan bagi empat pesawat A320neo sebelum ini dan penghantaran pertamanya dijangka sama ada Jun atau Julai tahun ini.

"Langkah untuk menggunakan pesawat A320neo itu juga sejajar komitmen syarikat menepati perubahan cuaca serta tindakan proaktif bagi mengurangkan pelepasan karbon," katanya kepada pemberita selepas program komuniti kempen #GREEN24, di sini, Sabtu.

Menurut Rajesh, enjin pesawat itu masih dalam proses pensijilan oleh pihak pengeluar.

AirAsia juga, katanya, adalah syarikat penerbangan global pertama menggunakan Airbus A320 dilengkapi sayap 'Sharklet' yang mengurangkan pelepasan karbon akibat kesan seretan pada hujung sayap.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd, Aireen Omar berkata pesawat A320neo berkenaan akan menggantikan beberapa pesawat sedia ada yang sudah berusia dan menggunakan lebih banyak bahan api.

"Pesawat terbaharu yang akan dihantar secara berperingkat sehingga 2018, adalah lebih cekap bahan api serta pelepasan karbon yang kurang untuk alam sekitar," katanya.

Selain itu, program komuniti #GREEN24 selama dua hari bermula semalam, melibatkan Kumpulan AirAsia dan semua pejabat globalnya yang bermatlamat untuk menjimatkan tenaga, mengurangkan pembaziran serta menggalakkan amalan kitar semula.

Menurut Aireen, pejabat AirAsia di serata Malaysia turut mengadakan kegiatan seperti pembersihan pantai, taman serta mengamalkan usaha kitar semula bagi menyemai budaya murni mesra alam itu dalam kalangan kakitangan serta awam.

Tags / Kata Kunci: AirAsia

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan