NKEA Pertanian: Tujuh Syarikat Labur RM1.46 Bilion

Diterbitkan: Rabu, 13 Januari 2016 7:48 PM

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyaksikan majlis pertukaran dokumen Perjanjian Program NKEA Pertanian-Akuakultur dengan tujuh syarikat Akuakultur di kementeriannya, Rabu. Turut hadir Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Dr Ismail Bakar dan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, Datuk Ismail Abu Hassan .

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Tujuh syarikat melabur RM1.46 bilion dalam Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Pertanian dibawah sektor akuakultur yang akan mewujudkan 2,000 peluang pekerjaan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata pelaburan itu dibuat oleh lima syarikat penternakan udang dan dua penternakan ikan.

"Kerajaan turut membantu dengan menambah pembiayaan kira-kira RM400 juta," katanya pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Pelaburan dan tambahan di antara kementerian dengan syarikat-syarikat peneraju NKEA Pertanian-Akuakultur di Wisma Tani di sini, Rabu.

Perjanjian tersebut ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Dr Ismail Bakar dan Ketua Pengarah Perikanan Datuk Ismail Abu Hassan dengan tujuh pengarah urusan syarikat peneraju.

Lima syarikat penternakan udang ialah Manjong Bio Ocean Venture Sdn Bhd yang beroperasi di Rompin, Pahang dijangka menjana Pendapatan Negara Kasar (GNI) RM423 juta menjelang 2020, QL Aquamarine Sdn Bhd di Kudat, Sabah dengan GNI RM236 juta), SBH Perak Agro Sdn Bhd (Kuala Kurau, Perak, GNI RM2.38 juta), Pegagau Specialty Farming Sdn Bhd (Umas-umas, Tawau, Sabah, GNI RM19 juta) dan Sunlight Inno Seafood Sdn Bhd (Pitas, Sabah, GNI RM702 juta).

Dua syarikat syarikat penternakan ikan ialah Organic Aquaculture Sdn Bhd yang akan beroperasi di Teluk Sengat, Johor dan RE Millenium Sdn Bhd yang beroperasi di Sedili Besar, Kota Tinggi, Johor.

Syarikat-syarikat peneraju yang menandatangani perjanjian pada hari ini akan menyumbang kepada Projek Penggerak Ekonomi (EPP) 6 iaitu replikasi model pertanian akuakultur bersepadu (iZAQs). 

Dengan pementeraian perjanjian antara Jabatan Perikanan dengan syarikat-syarikat peneraju itu, ia dijangka meningkatkan pengeluaran produk akuakultur udang sebanyak 84,000 setan metrik dengan nilai RM1.9 bilion. 

Ahmad Shabery berkata 14 syarikat NKEA dibawah EPP iZAQs sehingga kini berjaya menjana GNI berjumlah RM920 juta dengan nilai pelaburan berjumlah RM2.46 bilion serta tambahan pembiayaan sebanyak RM614 juta oleh kerajaan.

Kementerian akan terus memantau agar semua syarikat terlibat dalam akuakultur sentiasa mematuhi syarat dan status pelaksanaan. Hampir semua syarikat mematuhi syarat 100 peratus tetapi terdapat tiga atau empat syarikat dibawah daripada 70 peratus, katanya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: NKEA Pertanian , Ahmad Shabery Cheek

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan