Ketua Umno Bahagian Wangsa Maju Dilantik Pengerusi UDA - Niaga | mStar

Ketua Umno Bahagian Wangsa Maju Dilantik Pengerusi UDA

Diterbitkan: Khamis, 17 Disember 2015 12:04 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: UDA Holdings Berhad (UDA) melantik Datuk Mohd Shafei Abdullah sebagai Pengerusi UDA yang baharu, berkuat kuasa 10 Dis, 2015, menggantikan Datuk Johari Abdul Ghani.

Johari meletak jawatan pada 28 Julai lepas setelah dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan.

Mohd Shafei yang juga Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, merangkap Pengerusi  Barisan Nasional Parlimen Wangsa Maju sejak 2008 hingga kini, memiliki Ijazah Ekonomi dari Universiti Malaya, kata UDA dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau kemudiannya melanjutkan pengajiannya di peringkat Kedoktoran dalam Bidang Pengurusan Perniagaan di dua universiti terkemuka - European American University dan Oxford Association of Management, United Kingdom.

Sebelum memulakan karier di UDA, Mohd Shafei pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri Malaysia (Datuk Seri Najib Tun Razak) sehingga tahun 2013, katanya.

UDA yakin berdasarkan kredibiliti dan pengalaman profesional dalam bidang korporat dan politik, beliau dapat membantu memacu perjalanan operasi syarikat tersebut untuk terus bergerak menjadi pemaju hartanah yang mampan dan dinamik di Malaysia.

Tags / Kata Kunci: Uda Holding Berhad

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan