MMC Peroleh 53.42 Peratus Pegangan Dalam NCB Pada RM1.1 Bilion

Diterbitkan: Isnin, 9 November 2015 2:03 PM

saham
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: MMC Port Holdings Sdn Bhd akan memperoleh  53.42 peratus atau 251.20 juta saham dalam NCB Holdings Bhd pada RM1.11 bilion pada RM4.40 sesaham daripada Permodalan Nasional Bhd dan Amanahraya Trustee Bhd.

MMC Port merupakan anak syarikat milik penuh MMC Corp Bhd.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, MMC Corp berkata cadangan pemerolehan berkenaan akan meningkatkan pemegangan saham MMC Port kepada kira-kira 83.55 peratus berbanding 30.13 peratus pada masa ini.

Berikutan tambahan pemegangan saham berkenaan, MMC Port perlu mengadakan tawaran awam mandatori (MGO) untuk memperoleh semua baki 77.39 juta atau  16.45 peratus saham NCB yang tidak dipegang oleh MMC Port pada harga tawaran  RM4.40 sesaham secara tunai.

"Apabila selesai cadangan MGO itu, MMC Port tidak berhasrat untuk mengekalkan status penyenaraian NCB di Pasaran Utama di Bursa Securities," kata MMC Corp.

Cadangan pemerolehan itu seiring dengan inisiatif kumpulam untuk terus membuat pelaburan strategik dalam perniagaan teras pelabuhan dan bahagian logistik.

"Melalui cadangan pemerolehan itu, kumpulan akan dapat menguasai sinergi kos dan operasi, yang akan terus meningkatkan prestasi kewangan bahagian perniagaan logistik dan pelabuhan kami.

"Cadangan MGO akan memberi peluang kepada MMC Port untuk meningkatkan lagi pemegangan saham dalam NCB selepas cadangan pemerolehan tersebut," katanya.

Tags / Kata Kunci: MMC , NCB

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan