suria

Perkhidmatan Dagangan Beijing Meningkat 12.6 Peratus

BEIJING: Perkhidmatan dagangan Beijing meningkat 12.6 peratus tahun ke tahun dalam tempoh tiga suku pertama, kata Suruhanjaya Perbandaran Beijing.

Import dan eksport dalam sektor perkhidmatan ibu negara itu masing-masing meningkat 17.8 peratus dan 5.9 peratus dalam tempoh itu, katanya menerusi laman webnya pada Rabu.

Ia berkata perkhidmatan perdagangan menyumbang 23.3 peratus daripada dagangan asing bandar raya itu.

"Dagangan asing turut menyaksikan peningkatan struktur dan lebih 1,000 syarikat di Beijing mengurus operasi transnational yang pengaruhnya semakin berkembang," katanya.

Ia memetik Naib Datuk Bandar Beijing Cheng Hong yang menggesa jabatan-jabatan kerajaan dan syarikat mengambil kesempatan ke atas sesi dagangan November dan Disember berdasarkan situasi dagangan asing tahun ini.

Beijing, Import

Artikel Lain