suria

Jualan Kenderaan Ogos Naik 4.5 Peratus, Kata MAA

KUALA LUMPUR: Jumlah jualan kenderaan pada Ogos meningkat 4.5 peratus atau 2,326 unit kepada 53,452 unit daripada 51,126 unit yang dicatatkan pada bulan yang sama tahun lepas, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

Bagaimanapun, kuantiti jualan pada Ogos turun 8.9 peratus atau 5,194 unit lebih rendah berbanding Julai 2015, berikutan keadaan tidak menentu perniagaan susulan penurunan nilai ringgit serta prospek ekonomi global yang suram, kata MAA dalam satu kenyataan, Selasa.

"Pengguna kekal berhati-hati untuk berbelanja barangan yang mempunyai nilai tinggi," kata persatuan itu.

Jualan kenderaan penumpang pada Ogos meningkat kepada 47,302 unit daripada 44,898 unit pada bulan yang sama 2014, manakala jualan kenderaan perdagangan turun kepada 6,150 unit daripada 6,228 unit.

Jumlah pengeluaran kenderaan meningkat kepada 49,335 unit daripada 43,784 unit pada bulan yang sama tahun lepas.

Pengeluaran kenderaan penumpang naik kepada 44,812 unit daripada 39,847 unit manakala pengeluaran kenderaan perdagangan meningkat kepada 4,523 unit daripada 3,937 unit.

MAA berkata kuantiti jualan bagi September dijangka kekal seperti Ogos, disokong oleh kempen promosi berterusan syarikat-syarikat kereta. -- Bernama

MAA, kereta

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain