Kerajaan Sedia Langkah Proaktif Lindungi Ekonomi

Diterbitkan: Isnin, 14 September 2015 3:17 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kerajaan memperkenal langkah-langkah proaktif sebagai inisiatif awal jangka pendek dan jangka sederhana untuk melindungi ekonomi sebenar dan mengekalkan pertumbuhan ekonomi seperti yang disasarkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, langkah-langkah tersebut perlu diambil bagi menstabilkan pasaran kewangan serta menyokong aktiviti perniagaan.

"Bagi menstabilkan pasaran kewangan, kerajaan telah menyarankan syarikat-syarikat swasta dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) yang telah memperoleh keuntungan dari luar negara pada masa kini supaya membawa  pulang keuntungan itu ke dalam negara," kata Najib. 

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan langkah-langkah proaktif ekonomi di sini, Isnin.

Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata sejak negara pulih daripada Krisis Kewangan Asia 1997/1998, perniagaan syarikat swasta dan GLIC di luar negara telah berkembang dan meningkat dari segi pelaburan melebihi jumlah pelaburan langsung dalam negara. 

Setakat Jun 2015, Malaysia merupakan pengeksport bersih modal, dengan pelaburan langsung luar negara berjumlah RM522 bilion berbanding pelaburan langsung asing berjumlah RM477 bilion. 

"GLIC digalakkan untuk menzahirkan keuntungan daripada pelaburan mereka di luar negara untuk dilaburkan dalam negeri dalam projek yang mempunyai nilai pengganda yang tinggi. 

"Syarikat swasta juga digesa untuk mengambil langkah yang serupa," kata Najib. 

Perdana Menteri berkata kerajaan juga akan mengaktifkan semula ValueCap dengan dana sebanyak RM20 bilion berikutan kejayaan entiti tersebut dalam menstabilkan pasaran ekuiti. 

"ValueCap telah memberi pulangan yang tinggi kepada pemegang sahamnya seperti Permodalan Nasional Bhd, Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan dan Khazanah Nasional Bhd," kata Najib.

Beliau berkata PKS (Perusahaan Kecil dan Sederhana) boleh memohon untuk menstrukturkan dan menjadualkan semula pinjaman perniagaan daripada institusi pembiaya atau melalui skim penyelesaian pinjaman kecil di Bank Negara Malaysia sekiranya perlu.

Najib berkata bagi merancakkan pelaburan domestik dan asing Malaysia, dana pelaburan strategik domestik (DISF) akan diteruskan dengan peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-11. 

Dana ini bertujuan untuk mempercepat peralihan syarikat domestik kepada industri bernilai tambah tinggi, berteknologi tinggi, berintensifkan pengetahuan dan berasaskan inovasi, katanya Najib. 

Perdana Menteri berkata kerajaan sedang menimbang langkah-langkah jangka sederhana, termasuk menangani peningkatan bilangan pekerja asing yang turut menyumbang kepada aliran keluar tunai sebanyak RM28 bilion pada 2014 serta melembapkan pertumbuhan kadar upah tempatan. 

Beliau menambah kerajaan juga akan memperkenalkan langkah-langkah untuk meningkatkan pendapatan dan kesejahteraan golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terbawah.

"Kerajaan akan sentiasa memantau dan meminimumkan kesan daripada ketidaktentuan ekonomi global ke atas ekonomi negara. 

"Walaupun kerajaan melaksanakan langkah-langkah proaktif ini, kerajaan masih terus komited melaksanakan konsolidasi fiskal untuk mencapai sasaran defisit fiskal yang lebih rendah sebanyak 3.2 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar tahun ini berbanding 3.4 peratus tahun lepas," katanya. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: Perdana Menteri , ekonomi , Malaysia

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan