Uggah Ketua Misi Penggalakan Minyak Sawit Dan Kayu Ke China

Diterbitkan: Rabu, 9 September 2015 1:33 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Amar Douglas Uggah Embas akan mengetuai Misi Penggalakan Minyak Sawit dan Kayu ke China dari 10 hingga 16 Sept.

Anggota delegasi beliau terdiri daripada wakil dari Kementerian berkenaan, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), Majlis Kayu Malaysia (MTC) dan sektor swasta.

Kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini berkata Uggah akan mengadakan perbincangan dengan wakil sektor swasta untuk mengukuhkan lagi eksport minyak sawit dan produk kayu ke China.

Dalam lawatan itu di Chongqing, Uggah akan merasmikan Forum Kesihatan Minyak Sawit dan Pemakanan.

Forum anjuran bersama MPOB, MPOC, Persatuan Pemakanan Cina Chongqing dan  Pusat Penyelidikan Kesihatan dan Pemakanan Lanzhou University, itu bermatlamat mempromosi eksport minyak sawit serta meningkatkan penerimaan terhadap pasaran minyak sawit di China.

Di Shanghai, Uggah akan melawat dan mengadakan perbincangan dengan syarikat Malaysia yang mengambil bahagian pada Furniture China 2015, salah satu daripada pameran perabot terbesar di republik itu.

Sembilan belas syarikat dari Malaysia mengambil bahagian menerusi Pavilion Majlis Kayu Malaysia.

Uggah juga akan mengadakan perbincangan dengan pengimport minyak sawit utama dari China serta melawat Teck Guan Oleochemical Plant, sebuah syarikat yang berpangkalan di Malaysia, di Shanghai.

Menteri itu juga dijadual menghadiri mesyuarat dua hala dengan Menteri Pentadbiran Am Penyeliaan Kualiti, Pemeriksaan dan Kuarantin Republik Rakyat China (AQSIQ) di Beijing, yang bertujuan untuk meningkatkan kerjasama dua hala bagi memudahkan eksport minyak sawit dari Malaysia ke China.

"Kemuncak mesyuarat itu ialah menandatangani Memorandum Persefahaman antara MPOC dan AQSIQ mengenai Kualiti dan Keselamatan Eksport Minyak Sawit Malaysia ke China," kata kementerian itu.

China merupakan destinasi eksport utama bagi produk minyak sawit dan kayu balak. Pada 2014, China menyumbang 16 peratus daripada jumlah eksport global produk minyak sawit bernilai RM10.3 bilion.

Eksport kayu dan produk kayu Malaysia ke China pada 2014 bernilai RM771.4 juta.

Tags / Kata Kunci: China , Minyak Sawit

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan