12 Syarikat Kemuka Bida Projek Bandar Malaysia

Diterbitkan: Selasa, 1 September 2015 1:34 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua belas syarikat membida untuk mengambil bahagian sebagai rakan kongsi pembangunan bagi projek Bandar Malaysia, projek hartanah seluas 197 hektar yang dimiliki sepenuhnya oleh 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Syarikat-syarikat itu terdiri daripada pemaju swasta dalam negeri, syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan pihak asing, telah mengemukakan sama ada secara bebas atau sebagai sebuah konsortium, kata Timbalan Pengarah Urusan CH Williams Talhar and Wong (WTW) Danny Yeo.

WTW adalah penasihat transaksi bagi Permohonan untuk Cadangan Bandar Malaysia.

Bidaan berkenaan ditutup pada 28 Ogos 2015, peringkat akhir penilaian untuk mengambil bahagian sebagai rakan pembangunan dalam projek di Sungai Besi, Kuala Lumpur itu.

Peringkat Permohonan Pernyataan Minat (EOI) sebelum itu menyaksikan minat daripada 40 peserta tempatan dan dunia, termasuk dari Singapura, China, Jepun, Korea dan Australia.

Pembida menerima Memorandum Pelaburan yang menggariskan wawasan pembangunan Bandar Malaysia dan pelan induk yang dicadangkan.

"Untuk ke peringkat akhir pemilihan ini, syarikat-syarikat perlu mempamerkan rekod prestasi, penjenamaan dan keupayaan kewangan mereka untuk menjadi rakan kongsi pembangunan bagi Bandar Malaysia," kata WTW dalam satu kenyataan Selasa.

WTW akan mengkaji cadangan dan memberi cadangannya kepada 1MDB Real Estate, cabang hartanah 1MDB, yang kemudian akan menyenarai pendek pembina  akhir sebelum ke peringkat rundingan perjanjian penjualan saham dan kewangan.

Pengkomersialan Bandar Malaysia adalah sebahagian daripada pelan rasionalisasi 1MDB yang telah dibentangkan kepada Kabinet pada 29 Mei 2015.

Bandar Malaysia akan menjadi pembangunan bandar kegunaan bercampur yang dijangka menjadi pemangkin untuk transformasi Greater Kuala Lumpur.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: 1MDB , Bandar Malaysia

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan