Pembelian Tanah TRX Oleh Affin Merupakan Tawaran Luar Biasa

Diterbitkan: Selasa, 11 Ogos 2015 9:27 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengambilalihan tanah Tun Razak Exchange (TRX) oleh Affin Holdings Bhd Group, walaupun memberi kesan negatif ke atas  harga sahamnya, sebenarnya merupakan satu tawaran yang luar biasa, kata seorang perunding hartanah.

Pengarah Bersekutu Savills Malaysia, Nabeed Hussain berkata tanah itu dibeli di bawah nilai pasaran dan murah daripada harga tanah di kawasan pusat bandar Kuala Lumpur.

"TRX merupakan daerah kewangan yang baharu... Ia akan menjadi besar dengan infrastruktur bertaraf dunia. Bagi saya, ini adalah tawaran yang baik.

"Jika anda meninjau pasaran untuk membeli tanah dengan harga terbaik serta bernilai tinggi, maka anda harus mempertimbangkan TRX," katanya kepada Bernama.

Pada penutupan urus niaga hari ini, saham Affin Holdings didagangkan pada RM2.38, turun lima sen atau 2.06 peratus dengan 484,400 saham bertukar tangan.

Saham tersebut mencecah tiga tahun rendah pada RM2.37 sebelum ini.

Affin Holdings berkata semalam bahawa unit perbankannya, Affin Bank Bhd, telah memperoleh sebidang tanah seluas 0.51 hektar di TRX daripada KLIFD Sdn Bhd.

Pembangunan itu, yang akan menelan belanja sebanyak RM300 juta, akan mempunyai ruang lantai kasar seluas 823,439 kaki persegi dan ia akan menempatkan ibu pejabat baru setinggi 35 tingkat. Pembinaan dijangka siap pada penghujung  2018.

"Langkah bank untuk membangunkan projek itu bukan sekadar disebabkan lokasinya tetapi juga berkaitan rapat dengan nilai," katanya.

Tanah tersebut telah dinilaikan secara bebas pada harga RM262 juta.

Tags / Kata Kunci: Affin Bank , TRX

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan