AirAsia Rai Penumpang Ke-300 Juta

Diterbitkan: Isnin, 10 Ogos 2015 3:09 PM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Selepas dinobatkan sebagai syarikat penerbangan tambang murah terbaik dunia buat kali ketujuh berturut-turut, AirAsia mencipta satu lagi sejarah apabila menerbangkan penumpang yang ke-300 juta.

Seorang Pengarah Seni, Jodie Lazuardie, 30, merupakan penumpang bertuah yang menempah tempat duduk AirAsia ke-300 juta.

Tempahan penerbangan dari Kuala Lumpur dan Jakarta itu membolehkan beliau merasai pengalaman sekali dalam seumur hidup sekali gus menjadi sebahagian daripada sejarah syarikat penerbangan tersebut.

Malah, beliau turut menerima tiga juta mata BIG dari Program Loyalti AirAsia, atau lebih dikenali sebagai AirAsia BIG.

Sejurus tiba di Jakarta, Jodie diberikan layanan istimewa termasuk dibawa menaiki  kereta persendirian sebaik turun dari pesawat, laluan pantas bagi pemeriksaan imigresen dan keutamaan semasa serahan bagasi serta sepanjang masa diiringi oleh sekumpulan pramugari AirAsia.

Jodie dibawa ke sebuah hotel terkemuka di sini untuk diraikan dalam satu majlis yang dihadiri petugas media dari Indonesia dan Malaysia.

Ketibaan jejaka dari Bogor itu disambut meriah Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X Datuk Kamarudin Meranun, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Indonesia Sunu Widyatmoko, Ketua Pegawai Eksekutif Indonesia AirAsia X Denday Kurniawan dan  Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia AirAsia Aireen Omar.

Turut hadir Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Malaysia Benyamin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Thai AirAsia Tassapon Bijileveld, Ketua Pegawai Eksekutif Thai AirAsia X Nadda Buranasiri, Pengerusi Filipina AirAsia Maan Hontiveros dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia BIG Alice Goh.

Pada majlis itu, Tony dan Alice menyerahkan tiga juta mata BIG kepada Jodie yang membolehkan beliau menebus tiket penerbangan ke mana-mana rangkaian luas AirAsia.

"Kami amat berbesar hati  berada di sini untuk menyambut kedatangan tetamu yang ke-300 juta. Pada awal AirAsia ditubuhkan 14 tahun dahulu, kami hanya mempunyai 2 pesawat beroperasi disokong oleh 250 kakitangan di lima destinasi di Malaysia.

"Hari ini, kami telah menubuhkan operasi di lima negara termasuk, Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan India dengan lebih dari 17,000  kakitangan. Kami warnai awan merah setiap hari dengan 199 kapal terbang yang terbang ke lebih 100 destinasi dan 22 buah negara," katanya pada majlis AirAsia Rai Pencapaian.

Jelas beliau lagi, kejayaan ini memerlukan usaha keras dan kesungguhan untuk terus merevolusikan perjalanan udara, berkhidmat kepada mereka yang memerlukan dan berbakti kepada masyarakat.

Bagi menyambut pencapaian 300 juta penumpang ini, AirAsia mengumumkan promosi sambutan bagi 3 juta tempat duduk dari serendah RM3* sehala.

Tetamu boleh terbang ke pelbagai destinasi menarik di serata Asean.

Tempat duduk promosi ini kini boleh didapati di airasia.com sehingga 16 Ogos ini bagi tempoh perjalanan dari 15 Februari hingga 31 Ogos 2016.

Terdahulu, AirAsia mencapai 100 juta penumpang pada Oktober 2010, dan meraikan tetamu yang ke-200 juta, tiga tahun kemudian pada bulan September 2013.


Tags / Kata Kunci: AirAsia , Jakarta

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan