PM Britain Pelawa Pelabur Malaysia Teroka Utara England

Diterbitkan: Jumaat, 31 Julai 2015 12:29 AM

Cameron berucap pada majlis resepsi perniagaan "Battersea and Beyond" pada Khamis malam.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Britian David Cameron mempelawa pelabur Malaysia meneroka peluang pelaburan yang luas di kawasan lain di negara itu terutamanya di kawasan utara.

Beliau berkata utara England yang mempunyai 70 juta penduduk dengan lebih  600,000 perniagaan, merupakan pemacu ekonomi UK.

"Sudah tiba masanya bagi pelabur melihat ke kawasan ini dan mengembangkan perniagaan di sana.

"Saya ingin mempelawa para pelabur agar melihat melangkaui Battersea untuk meneroka peluang di tempat lain Britain.

"Saya mahu para pelabur mengambil peluang daripada pembangunan Northern Powerhouse dan mendapat manfaat daripada hab kewangan Islam barat iaitu di London," kata beliau dalam ucaptama pada resepsi perniagaan 'Battersea and Beyond' di sini, Khamis.

Cameron berkata pelabur juga perlu mengambil sikap boleh menjalankan perniagaan dan melabur di UK.

Delegasi 31 anggota daripada pelbagai sektor perniagaan Britian menyertai Cameron dalam lawatan beliau ke Indonesia, Malaysia, Singapura dan Vietnam, lawatan di luar Eropah pertama selepas memenangi pilihan raya pada Mei.

Cameron berkata Britain merupakan negara pertama di luar dunia Islam yang menerbitkan sukuk negara dan bank-bank Malaysia terlibat dalam penerbitan berkenaan.

"Ibu negara kami telah berubah dengan kewangan Islam...tetapi saya mahu melihat faedah kewangan Islam dicapai melangkauinya.

"Jadi kami menyediakan buku maklumat pematuhan Syariah 18 projek penjanaan semula yang sedia untuk dipertimbangkan pelabur," katanya dan menambah yang Britain berharap pelabur Malaysia dapat mengambil bahagian.

Tahun lepas, Britain mencatatkan 1 trilion pelaburan langsung asing dan lebih daripada berganda nilai eksport mereka.

"Kami mahu menjadi tempat terbaik di dunia untuk menjalankan perdagangan dan juga mahu menjadi sebahagian daripada kisah kejayaan pertumbuhan Malaysia," kata Cameron.

Beliau berkata pada 2014, 25 syarikat utama Britian di Malaysia, dengan jumlah pelaburan 17.2 bilion dan masih meningkat, mewujudkan 70,000 pekerjaan.

Perdagangan dua hala antara Malaysia dan Britain dijangka melebihi RM40 bilion menjelang 2016.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: David Cameron , England

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan