Hutang: Paip Rugi RM37.2 Juta

Diterbitkan: Rabu, 29 Julai 2015 4:38 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) setakat ini menanggung kerugian kira-kira RM37.2 juta ekoran gagal menerima bayaran tunggakan daripada kira-kira 107,000 pemegang akaun di seluruh negeri sehingga Jun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd Zahari Md Isa berkata, daripada jumlah berkenaan, 60,000 adalah pemegang akaun yang tidak lagi aktif melibatkan jumlah tunggakan tidak berbayar RM19 juta.

"Manakala tunggakan daripada 47,000 pemegang akaun aktif adalah berjumlah RM18.2 juta," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Aidilfitri dan meraikan pesara PAIP di sini, Rabu.

Mohd Zahari berkata kebanyakan daripada pemegang akaun yang gagal membuat bayaran berkenaan adalah pengguna domestik.

"Kita sudah pun memotong bekalan air mereka namun sehingga kini masih gagal memperoleh bayaran daripada pihak berkenaan.

Ada di kalangan mereka yang bekalan air sudah dipotong, tetapi yang peliknya mereka masih tinggal di premis tersebut bertahun-tahun dan dari mana mereka dapat bekalan air itu kami akan cuba siasat," katanya.

Berhubung kes kecurian air, Mohd Zahari berkata kes yang dilaporkan pada tahun ini meningkat kepada tujuh kes berbanding pada tahun lepas iaitu hanya empat kes.

"Kita menanggung kerugian kira-kira RM289,000 akibat kes kecurian berkenaan dan cuma dapat mengutip bayaran daripada pihak yang terlibat berjumlah RM57,000.

Walaupun denda berkenaan telah dibayar, kes berkenaan tetap akan diteruskan di mahkamah," katanya.

Dalam pada itu beliau berkata masalah gangguan bekalan air yang berlaku di beberapa daerah di sekitar negeri ini pada awal perayaan Aidilfitri lalu adalah disebabkan penggunaan air yang tinggi dan masalah bekalan air sungai yang semakin cetek akibat musim panas ketika ini.

"Antara daerah-daerah yang terlibat seperti Raub, Pekan dan Kuantan. Kesemua kawasan yang terlibat mengalami gangguan bekalan air kerana loji air kering akibat musim panas ketika ini.

"Namun pihak PAIP kini cuba mengepam air Sungai Pahang dan akan disalurkan ke kawasan-kawasan yang loji air mengalami kekurangan bekalan air agar bekalan air yang secukupnya dapat dinikmati oleh pengguna," katanya.

Tags / Kata Kunci: Pengurusan Air Pahang Berhad

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan