Restoran Felda D'Saji Cawangan Jeddah Dilancarkan

Diterbitkan: Isnin, 8 Jun 2015 10:02 AM

(Ubah saiz teks)

JEDDAH: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Restoran Felda D'Saji cawangan Jeddah di Tahlia Street pada Ahad, cawangan kedua selepas Makkah.

Sebaik memasuki restoran itu, Najib menandatangani plak sebagai tanda pelancaran dengan disaksikan Pengarah Eksekutif Kanan Felda D'Saji Sdn Bhd, Ahmad Zaki Abdullah.

Pada Disember 2013, Najib melancarkan restoran Felda D'saji yang memulakan operasi di Menara al-Safwa bersebelahan Masjidil Haram.

Turut sama menyaksikan majlis pelancaran itu Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharu dan Duta Besar Malaysia di Arab Saudi Zainol Rahim Zainuddin.

Perdana Menteri kemudian bersama tetamu yang lain menikmati hidangan di restoran itu yang terletak di hab komersial paling eksklusif di Arab Saudi iaitu Tahlia Street. Tahlia Street menjadi pilihan jenama-jenama terkemuka dunia dengan barisan kedai-kedai bertaraf butik dan berkelas tinggi.

Sementara itu, bercakap kepada wartawan Malaysia selepas pelancaran, Ahmad Zaki berkata berbeza dengan restoran D'Saji di Makkah bertempat di sebuah medan selera, cawangan Jeddah menggunakan bangunan yang disewa.

Restoran dengan 112 tempat duduk itu dijangka dapat menarik pelanggan bukan sahaja dari Malaysia dan Asia malah ingin memanfaatkan kedudukan Jeddah yang menjadi pintu masuk ke Arab Saudi.

Ahmad Zaki berkata restoran D'Saji cawangan Jeddah menyasarkan perolehan RM2.5 juta setahun menerusi konsep 'fine dining.'

Sejak dibuka 1 Mei lalu, beliau berkata sambutannya amat menggalakkan dan ia telah dapat menarik purata 4,000 hingga 5,000 pelanggan tempatan dan asing di sini.

Katanya 70 peratus pelanggan adalah orang tempatan dan bakinya orang luar termasuk dari Malaysia.

Katanya FELDA memperuntukkan RM1.5 juta sebagai modal untuk operasi restoran D'Saji di Jeddah.

Ahmad Zaki berkata restoran itu menghidangkan makanan ala Malaysia dan paling mendapat sambutan ialah nasi lemak, mi mamak, roti canai dan teh tarik.

Katanya sambutan dijangka terus positif pada bulan Ramadan.

Tags / Kata Kunci: Felda , D'Saji , Jeddah

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan