Tawaran MAS Berakhir Pada Sabtu

Diterbitkan: Khamis, 21 Mei 2015 3:58 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines menggesa pelanggan untuk merebut tawaran penerbangan yang digelar 'Mid-Year Marvels' untuk tempoh perjalanan di antara 16 Mei 2015 dan 31 Mac 2016 yang akan berakhir pada Sabtu ini.

Naib Presiden Kanan Serantau Malaysia, Datuk Muzammil Mohamad berkata, penumpang akan menikmati makanan percuma dan elaun bagasi 30 kilogram untuk kelas ekonomi dan 40 kilogram untuk kelas bisnes.

"Sekarang adalah masa terbaik untuk merancang perjalanan lebih awal dan memanfaatkan tempoh perjalanan yang panjang untuk percutian dengan mereka yang tersayang," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Mid-Year Marvels menawarkan tambang kelas ekonomi serendah RM145 untuk destinasi domestik, termasuk Johor Baharu atau Kota Baharu dan daripada RM275 ke Bintulu atau Tawau, manakala penerbangan ke destinasi serantau seperti Singapura atau Medan daripada serendah RM284 dan Manila daripada RM654.

Maklumat mengenai Mid-Year Marvels Malaysia Airlines boleh diperoleh daripada www.malaysiaairlines.com, ejen pelancongan dan dengan menghubungi pusat panggilan Malaysia Airlines di 1-300-88-3000.

Tags / Kata Kunci: MAS

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan