suria

Honda Tarik Balik Lima Model, Ganti Pengepam Beg Udara

KUALA LUMPUR: Honda Malaysia menarik balik 87,182 unit lima modelnya untuk menggantikan pengepam beg udara bahagian pemandu dan penumpang.

Model terbabit terdiri daripada City yang dikeluarkan pada 2003-2008, Civic (2003-2008), CR-V (2002-2007), Jazz (2004-2006) dan Stream (2004-2005).

Honda berkata langkah itu adalah sebagai usaha berjaga-jaga dan tidak menjejaskan model dalam jualan semasa.

Sehingga ini, belum ada kemalangan atau kecederaan berkaitan peralatan itu yang dilaporkan di Malaysia.

"Proses penggantian akan dijalankan sebaik sahaja peralatan gantian tersedia, dan kos akan ditanggung oleh Honda Malaysia," katanya.

Honda

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain