Saham Brahim's Naik Walaupun Perjanjian Dengan MAS Belum Muktamad

Diterbitkan: Jumaat, 8 Mei 2015 2:43 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Saham Brahim's Holdings Bhd's diniagakan positif sekalipun perjanjiannya dengan syarikat penerbangan negara Malaysia Airline System Bhd (MAS) belum 'selesai'.

Setakat 12.45 tengah hari, saham syarikat naik dua sen kepada 96 sen dengan 1.72 juta unit didagangkan.

Pada Khamis, Brahim's dan MAS dilapor belum memuktamadkan rundingan bagi perjanjian katering baharu (NCA), sekalipun tarikh akhir untuk menamatkan rundingan itu telah dilanjutkan daripada 31 Mac kepada 31 April lalu.

Brahim's dan MAS memeterai perjanjian penyelesaian pada 26 Feb untuk menyelesaikan pertikaian tertentu dan rundingan NCA bagi menggantikan perjanjian katering sedia ada Brahim's dengan MAS.

Perjanjian itu merupakan sebahagian daripada Pelan Pemulihan MAS bernilai RM6 bilion yang diumum oleh Khazanah Nasional Bhd pada Ogos tahun lalu.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, Brahim's berkata ia akan membuat pengumuman selanjutnya mengenai sebarang perkembangan.

Brahim's memiliki 70 peratus pegangan dalam Brahim's Airline Catering Sdn Bhd (BAC), katerer dalam penerbangan dan kontrak selama 25 tahun yang akan tamat pada 2028 untuk menyediakan makanan dan perkhidmatan berkaitan di Lapangan Terbang Antarabangsa KL dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Pada masa ini BAC menyediakan perkhidmatan kepada 37 syarikat penerbangan dan MAS adalah pelanggan terbesarnya.

Tags / Kata Kunci: MAS , Brahim's

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan