Brain Expo Enfagrow A+ Kembali Ke Malaysia

Diterbitkan: Rabu, 6 Mei 2015 9:23 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Brain Expo Enfagrow A+ akan kembali ke Malaysia pada 8 hingga 11 Mei 2015 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). 

Acara menarik ini menyediakan prasarana bagi ibu bapa dan kanak-kanak menimba pengalaman saintifik untuk menambah pengetahuan, dengan menerokai sains minda yang menakjubkan dan meninjau bagaimana Stimulasi dan Nutrisi membantu menyokong empat perkembangan utama berkaitan kemahiran Intelektual, Motor, Emosi dan Komunikasi. 

Pengunjung akan dapat belajar dan berinteraksi apabila mereka memasuki “Dunia dalam Minda” dan menerokai empat “Dunia Interaktif” yang direka khas untuk merangsang bidang perkembangan utama (Intelektual, Motor, Emosi dan Komunikasi) sebagai sebahagian daripada pembelajaran berasaskan pengalaman untuk perkembangan minda.

Tahun ini, Enfagrow A+ berhasrat untuk memberikan pendidikan dan pengalaman yang berasaskan sains perkembangan minda dalam usaha membantu menerokai potensi si manja. Enfagrow A+ percaya bahawa Stimulasi dan Nutrisi adalah blok binaan yang menyokong pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak dalam kemahiran Intelektual, Motor, Emosi dan Komunikasi. 



“Sebagai pemimpin global dalam pemakanan kanak-kanak, kami berharap Brain Expo dapat menjadi acara pendidikan yang akan memberi manfaat kepada pengguna dengan menyediakan platform pembelajaran yang berpacukan dua asas penting, Stimulasi dan Nutrisi, untuk membantu ibu bapa memberikan permulaan terbaik dalam hidup si manja mereka. 

"Brain Expo adalah platform yang baik untuk pendidikan inovatif tentang kepentingan Stimulasi dan Nutrisi dalam menerokai potensi kanak-kanak,” jelas Naib Presiden dan Pengurus Besar Mead Johnson Nutrition Malaysia, Singapura dan Brunei, Martin Wever.

Brain Expo diperkenalkan kepada pendidikan sains minda dengan pameran otak manusia sebenar dan belajar tentang perkembangan saintifik minda. Mereka akan dibawa menyusuri liku-liku perjalanan interaktif di dalam Kubah Galaksi Minda 360˚ untuk meninjau kehebatan minda, mempelajari tentang sains minda dan melihat pembentukan saraf minda di depan mata mereka, yang membawa mereka ke satu lagi dimensi memahami kepintaran minda.

Pengunjung juga boleh menerokai 4-5 aktiviti dalam setiap satu daripada empat Dunia Interaktif: Intelektual, Motor, Emosi dan Komunikasi.Dunia Intelektual memperlihatkan dunia menarik yang merangsang keupayaan kognitif si manja menerusi eksperimen sains secara langsung.

Dunia Motor menarik pengunjung dengan aktiviti interaktif, sama ada melalui aktiviti membina struktur otak dibantu oleh kordinasi tangan-mata, atau menyertai 'Dino Egg Hunt' untuk meningkatkan kemahiran visual-motor. 

Dunia Emosi menyelami emosi si manja menerusi ekspresi muka dan muzik. Kehadiran Piano Gergasi pasti akan menarik perhatian kerana aktiviti muzik adalah pengalaman yang merangsang perkembangan bahagian minda kiri dan kanan. 




Akhir sekali, Dunia Komunikasi yang tidak kurang pentingnya akan membawa pengunjung meneroka angkasa lepas, khususnya dunia antara galaksi, untuk menguji kemahiran komunikasi 'Space Commander' dan 'Drone Navigator'.

Kanak-kanak dan ibu bapa, penjaga, pendidik atau pakar penjagaan kesihatan profesional dan semua yang terlibat dalam perkembangan awal kanak-kanak pasti akan mendapati sesuatu yang bermanfaat daripada Brain Expo ini. 

Brain Expo akan dibuka kepada pengunjung bermula 9.30 pagi hingga 10.00 malam pada 8-10 Mei, manakala 9.30 pagi hingga 7.00 petang pada 11 Mei 2015. 

Masuk percuma dan ekspo dibuka kepada semua dan pengunjung boleh mendaftar lebih awal di www.brainexpo.com.my untuk kemasukan segera ke lokasi pameran. 

Seramai 2,000 pendaftar awal bakal menerima hadiah eksklusif.
Tags / Kata Kunci: Brain Expo Enfagrow A+

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan