Terberg Tractors Dapat Kontrak RM58 Juta Daripada Westports

Diterbitkan: Isnin, 20 April 2015 4:24 PM

Ruben Emir Gnanalingam

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Terberg Tractors Malaysia Sdn Bhd (TTM), syarikat usaha sama di antara Terberg Group dan Sime Darby Industrial Sdn Bhd, telah memenangi kontrak RM58 juta daripada Westports Malaysia Sdn Bhd untuk membekalkan traktor terminal.

Dalam satu kenyataan, Isnin, TTM berkata, kontrak itu merangkumi 104 unit traktor terminal YT220 MKII Terberg.

"Kontrak itu juga termasuk servis dan penyelenggaraan dalam tempoh tujuh tahun akan datang. Penyerahan pertama traktor terminal itu dijangka dibuat pada akhir April 2015 dan akan berterusan sehingga Ogos 2015," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Westports Malaysia, Ruben Emir Gnanalingam berkata, kontrak untuk membeli traktor terminal itu kena pada masanya bagi memenuhi permintaan dalam operasi pelabuhan.

"Volum kontena Westports telah berkembang pesat sejak beberapa tahun lepas dan ia kini peneraju pengendali terminal di Pelabuhan Klang, menguasai 76 peratus pasaran dalam jumlah kendalian kontena pada akhir 2014," katanya.

Pembelian traktor berkenaan, katanya, sudah pasti akan membantu menjadikan Westports pelabuhan yang lebih hebat.

Pengurus Besar TTM, Boo Wei Ching berkata, kontrak itu adalah kontrak kitaran hayat pertama di Malaysia di mana TTM mengambil tanggungjawab untuk menyelenggara sepanjang jangkaan kitaran hayat kelengkapan terbabit, umpama membeli polisi insurans dengan premium bulanan dan TMM akan menguruskan yang lainnya.

"Kami percaya idea baharu ini akan menjadi pengasas trend pasaran kerana ia menawarkan ketenangan fikiran kepada pengendali pelabuhan dengan sokongan yang boleh dipercayai daripada pengeluar kelengkapan asal," katanya.

Westports Malaysia adalah peneraju penggiat pelabuhan global, disokong produktiviti yang hebat dan kedalaman air 15 hingga 17.5 meter, menjadikannya hab pilihan untuk syarikat perkapalan di rantau ini.-- Bernama

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan