suria

Perodua Myvi Terima Anugerah

KUALA LUMPUR: Perodua Myvi telah merangkul Anugerah Frost  and  Sullivan sebagai kereta dengan nilai yang terbaik untuk wang bagi kategori enjin 1.3 ke atas.

Anugerah itu diberi berdasarkan ukuran kuantitatif, termasuk jumlah jualan dan harga model yang dijual pada 2014, alat ganti, penggunaan bahan api serta kos pemilikan dalam tempoh lima tahun atau penggunaan sepanjang  100,000 kilometer.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Aminar Rashid Salleh dalam satu kenyataan, berkata anugerah itu menunjukkan komitmen keseluruhan syarikat untuk membawa nilai terbaik termasuk kualiti.

Perodua telah menjual lebih 830,000 unit Myvi sejak dilancarkan pada 2005 dan kenderaan itu terus menjadi pilihan pengguna di negara ini.

Perodua Myvi

Artikel Lain