MCT Jangka Impak 1.3 Peratus GST Ke Atas Pembangunan Hartanah

Diterbitkan: Isnin, 6 April 2015 3:36 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemaju hartanah bersepadu yang baru disenarai, MCT Bhd, mendapati ia menanggung kos pembinaan yang lebih rendah iaitu sebanyak 1.3 peratus hasil daripada impak pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Ini berbanding 2.6 peratus impak pasca CBP yang dianggarkan oleh Persatuan Pemaju-pemaju Perumahan dan Hartanah Malaysia (Rehda).

Rehda membuat pemerhatian itu selepas mengambil kira kos pembinaan, yang menyumbang 46 peratus daripada jumlah pembangunan.

Pengarah Eksekutif Bukan Bebas MCT yang juga Ketua Pegawai Eksekutif syarikat, Datuk Seri Tong Seech Wi berkata pemaju bersepadu itu memiliki syarikat pembinaan dalaman dan syarikat perdagangan selain pasukan reka bentuk, bagi meminimumkan impak GST.

"Dengan mengambil kira kesemua faktor ini, kami mungkin mengalami hanya separuh daripada impak 2.6 peratus GST yang diunjurkan bagi pemaju biasa, walaupun angka sebenar belum disahkan," katanya kepada pemberita selepas penyenaraian syarikat itu di Pasaran Utama Bursa Malaysia, Isnin.

Pada 12.19 tengah hari, saham MCT didagangkan pada RM1.35 selepas dibuka pada RM1.43, dengan 10.04 juta saham bertukar tangan.

Seech Wi juga berkata pendekatan teknik modul pembinaan yang melibatkan elemen memudahkan pembinaan ke dalam modul standard, prafabrikasi dan pemasangan produk akhir, membantu syarikat mengurangkan kos.

Sementara itu, Pengarah Eksekutifnya, Lim Kok Boon berkata, harga saham MCT Bhd yang tinggi pada pembukaan menunjukkan pelabur dan pemegang saham yakin ke atas prospek syarikat berkenaan.

"Kehadiran pelabur utama kami yang berpangkalan di Filipina, Ayala Land Inc presiden dan ketua pegawai eksekutif, turut membuktikan pelabur melihat nilai dalam syarikat ini," katanya.

Permodalan pasaran Ayala Land berjumlah kira-kira RM44 bilion. Dua syarikat itu dijangka menjana sinergi bagi meneroka pasaran tempatan.

MCT melaksanakan pengambilalihan berbalik ke atas GW Plastics Holdings Bhd (syarikat PN 17) dan melupuskan perniagaan pembungkusan filem plastiknya untuk menumpukan ke atas segmen hartanah.

Setakat ini, nilai pembangunan kasar (GDV) projek semasa MCT, berjumlah RM2.26 bilion.

GDV projek akan datang dianggarkan RM6.72 bilion, tidak termasuk baki bank tanah seluas 119.787 hektar.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: GST , MCT Bhd , Rehda , Tong Seech Wi

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan