GM Klang Sasar 5,000 Pemborong

Diterbitkan: Sabtu, 4 April 2015 3:25 PM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Pusat Pemborong GM Klang menyasarkan kira-kira 5,000 pemborong tempatan dan antarabangsa akan beroperasi di pusat berkenaan apabila ia siap sepenuhnya kira-kira 10 tahun lagi.

Pengarah Urusan Gamuda GM Klang Sdn Bhd, Datuk Lim Sek Kok berkata, pusat itu juga dijangka mampu menyediakan 20,000 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan selain menjana pendapatan sehingga RM10 bilion.

Beliau juga menyasarkan 25 peratus pemborong antarabangsa seperti dari China, India, Pakistan dan Bangladesh akan beroperasi di situ.

"Saya percaya mereka dapat membantu mempelbagaikan cita rasa antarabangsa, selain memperkenalkan sesuatu yang baharu bagi menarik lebih ramai pengunjung," katanya semasa berucap di majlis perasmian Blok A pusat pemborong berkenaan di sini, Sabtu.

Lim berkata, pihaknya akan menambah rangkaian produk di pusat itu agar peniaga boleh mendapatkan apa saja barangan yang mereka inginkan di bawah satu bumbung.

"Usaha ini selaras dengan matlamat GM Klang untuk menjadi pusat pemborong antarabangsa yang paling komprehensif di Asia Tenggara," katanya.

Dengan nilai pembangunan kasar kira-kira RM3 bilion, pusat pemborong itu dibangunkan di atas kawasan seluas 10.31 hektar di Bandar Botanik Klang.

Blok A yang dirasmikan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali itu terdiri daripada lima tingkat dengan 700 buah lot kedai dan telah beroperasi sejak Oktober 2012.

Ia menawarkan pelbagai rangkaian produk yang menarik antaranya pakaian, aksesori, fesyen, komestik, alat tulis, permainan dan barangan elektronik dengan harga borong.

Ia terkenal sebagai destinasi pilihan usahawan dan pemilik perniagaan kecil bukan saja dari Malaysia bahkan negara jiran.

Sementara itu, Mohamed Azmin dalam sidang akhbar selepas majlis perasmian itu menyeru warga tempatan, terutama graduan yang baru menamatkan pelajaran agar mengambil kesempatan di atas pembukaan pusat pemborong berkenaan untuk berkecimpung di dalam bidang perniagaan secara kecil-kecilan.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: GM Klang , Lim Sek Kok , Gamuda , Bandar Botanik

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan