MRT Corp Cadang Pilihan Penjajaran Baharu

Diterbitkan: Khamis, 2 April 2015 4:09 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mass Rapid Transit Corp Sdn Bhd (MRT Corp) mencadangkan pilihan penjajaran baharu untuk Sungai Serdang-Putrajaya Buloh-Line MRT (SSP Line) namun menekankan bahawa hanya dapat dijalankan sekiranya mendapat pelaksanaan paparan awam dan kelulusan kerajaan.

Pengarah Strategik Komunikasi dan Perhubungan Awam MRT Corp, Amir Mahmood Razak berkata pilihan penjajaran baharu untuk baris kedua Projek MRT Lembah Klang yang melibatkan perubahan bahagian antara Tun Razak Exchange dan Stesen Seri Kembangan.

Projek ini merangkumi Kuchai Lama, Sri Petaling, Sungai Besi dan Serdang Raya, mampu membawa penumpang tambahan seramai 16,000 penumpang setiap hari.

"Pilihan penjajaran awal membolehkan lokasi lain diliputi seperti Maluri, Panda, Cheras dan area Bukit Belimbing," katanya sambil memberitahu tempoh pembinaan untuk pilihan baharu kekal sama dalam satu kenyataan, Rabu.

Amir turut berkata kaedah ini membolehkan SSP Line untuk mengintegrasikan dengan masa depan Terminal Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mencadangkan pembinaan perhentian yang akan terletak bersebelahan dengan KTM dan laluan Express Rail Link serta selatan pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Sungai Besi.

"Ini merupakan satu peluang baik untuk SSP Line berintegrasi dengan HSR. Malah, bakal menjadi satu perancangan jangka masa panjang yang akan memastikan kemudahan maksimum kepada orang ramai sambil menambah bilangan penumpang untuk SSP Line," katanya sambil menambah integrasi ini membolehkan penumpang melalui laluan yang lebih pantas dan secara langsung ke Golden Triangle Kuala Lumpur.

Pilihan baharu ini membenarkan SSP Line untuk berintegrasi dengan Stesen Chan Sow Lin dan Stesen LRT Sungai besi malah akan memperlihatkan lebih banyak laluan secara langsung untuk komuter daripada Putrajaya, Cyberjaya dan Serdang menghala ke Kuala Lumpur.

Amir turut menyatakan penjajaran semula tersebut akan meliputi sedikit bahagian bawah tanah bermakna kurang pengambilan  tanah dan mampu mengurangkan peninggian bahagian sebanyak 10 kilometer.

Tambahnya lagi, pengambilan tanah untuk MRT tidak diperlukan di Malaysia kerana SSP Line akan menjalankan kerja-kerja bawah tanah di lokasi tersebut.

"Tanah tersebut adalah milik entiti kerajaan dan kita mungkin akan mengambil pendekatan melalui perjanjian laluan bersama dengan Sungai Buloh-Kajang (SBK) Line," katanya sambil menambah perjanjian laluan bersama beserta hartanah MRT Corp di Jalan Sultan dan Jalan Inai di Kuala Lumpur untuk SBK Line disimpan oleh kerajaan sebanyak RM1.4 bilion.

Paparan Skim Keretapi Awam MRT Corp dijangka bermula pada pertengahan Mei di 24 lokasi berbeza di seluruh bandar dalam tempoh tiga bulan.

Dia turut memberitahu MRT Corp akan menjalankan kajian kebolehlaksaan bagi MRT Line 3 pada akhir tahun ini untuk menambahbaik landasan kereta api di Pandan dan menyerahkannya kepada SPAD setelah selesai.

Tags / Kata Kunci: MRT Corp

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan