Saham Star Meningkat Selepas Umum Dividen 7.2 Peratus Pada Tahun Kewangan 2014

Diterbitkan: Isnin, 2 Mac 2015 10:51 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Saham Star Publications meningkat di  Bursa Malaysia dalam dagangan awal Isnin selepas kumpulan itu mengumumkan dividen 7.2 peratus bagi tahun kewangannya yang berakhir pada 31 Disember 2014, minggu lepas.

Pada 9.52 pagi, kaunter itu meningkat tiga sen kepada RM2.53, dengan 11,000 saham bertukar tangan.

Maybank Investment Bank mengunjurkan bahawa perolehan kumpulan itu bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 menguncup 6.0 tahun ke tahun hasil daripada pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan April ini.

"Kami juga menjangkakan hampir RM20 juta setahun dapat dijimatkan daripada penyelesaian skim pemisahan sukarela, yang mengurangkan operasi di Sarawak, penamatan jawatan timbalan pengerusi eksekutif dan pelupusan Red Tomato.

"Kami mengekalkan unjuran pendapatan 2015, dengan pengurangan keuntungan  bersih teras sebanyak 9 peratus. Unjuran pendapatan sesaham bagi 2015 dan 2016 yang tidak berubah masih melepasi had dividen 18 sen sesaham," kata firma penyelidikan itu dalam nota kajiannya.


Tags / Kata Kunci: Star Publications , Bursa Malaysia

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan