Pos Malaysia Ke Arah Pelan Transformasi

Diterbitkan: Rabu, 18 Februari 2015 3:29 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pos Malaysia Bhd sedang menuju ke arah melaksanakan pelan strategik lima tahun yang melibatkan antara lain, mempelbagaikan pendapatan, kata Kenanga Research.

Perluasan rangkaian Pos Laju yang dibuat seiring dengan pelan yang dilancarkan pada 2012 itu, bakal memberikan keuntungan kepada segmen logistik dan kurier syarikat itu.

Ia juga berhasrat untuk mendapatkan lebih banyak sinergi daripada Kuala Lumpur Airport Services, anak syarikat milik penuh DRB-Hicom Bhd dan Pos Malaysia, bagi mencipta perkhidmatan pengurusan logistik yang berkesan.

"Dalam usaha mengukuhkan segmen peruncitan, kumpulan itu sedang menubuhkan pusat penyelesaian sehenti yang terkait dengan populariti perniagaan pajak gadai Islam (Ar-Rahnu), kata Kenanga Research dalam satu nota, Rabu.

Bagaimanapun, firma penyelidikan itu menarafkan saham-saham Pos Malaysia sebagai "di bawah prestasi" dengan sasaran harga pada RM4.44, memandangkan adanya risiko kelewatan dalam pelaksanaan pelan transformasi perniagaannya, yang sekarang ini berada dalam fasa kedua.

Kenanga juga mengekalkan unjuran ke atas pendapatan Pos Malaysia.

Ia telah meramalkan Pos Malaysia akan mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM204.9 juta dalam 2015 dan RM218.0 juta dalam 2016, manakala jumlah dagangan, masing-masing dijangka pada RM1,483.5 juta dan RM1,504.2 juta dalam 2015 dan 2016.

Sehingga pukul 12.26 petang, saham-saham Post Malaysia diniagakan satu sen lebih tinggi pada RM4.60 dengan 229,700 saham diniagakan.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan