Syarikat Malaysia Raih Jualan RM591.35 Juta Di Pameran Arab Health 2015 - Niaga | mStar

Syarikat Malaysia Raih Jualan RM591.35 Juta Di Pameran Arab Health 2015

Diterbitkan: Selasa, 17 Februari 2015 7:59 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 14 syarikat yang menyertai pameran Arab Health 2015 pada 26 hingga 29 Januari lepas telah meraih jualan eksport sebanyak RM591.35 juta.

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dalam kenyataan berkata, pameran penjagaan kesihatan yang terbesar di Timur Tengah itu telah menarik seramai 3,900 pempamer dari 63 negara.

Lebih daripada 80,000 pembeli dan profesional penjagaan kesihatan menghadiri pameran selama empat hari itu juga yang turut mengadakan beberapa persidangan.

Produk-produk Malaysia yang mendapat perhatian pembeli termasuklah katil dan perabut hospital, pek kardiologi, sutur pembedahan kardiotorasik, implan hidrosianik, kateter foley, set pemindahan darah dan penyelesaian intravena.

Lain-lain termasuklah perubatan mudah alih, rawatan sel stem dan pengampit khatan selain daripada pengawal udara, pembersih tangan, losyen badan, produk-produk penjagaan kulit serta pemeriksaan kulit dan sarung tangan pembedahan.

"Diadakan dengan latar belakang Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang sedang berkembang pesat, pasaran penjagaan kesihatan dan peruntukan bajet yang tinggi untuk perbelanjaan kesihatan oleh kerajaan di rantau itu, mencerminkan platform yang baik bagi pengeksport-pengeksport produk kesihatan Malaysia untuk memasuki pasaran GCC serta kawasan sekitarnya," kata Matrade.

Walaupun dengan kelembapan ekonomi dunia hari ini, pasaran penjagaan kesihatan di rantau tersebut mempunyai nilai anggaran sebanyak AS$82 bilion dan menjelang 2025, Timur Tengah dijangka membelanjakan lebih daripada AS$123 bilion ke atas kemudahan penjagaan kesihatan yang baharu.

Tags / Kata Kunci: Matrade , Pameran Arab Health , Timur Tengah
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan