Neutrax Dijangka Tembusi Pasaran Luar Negara Pada Jun 2015 - FWC

Diterbitkan: Isnin, 16 Februari 2015 4:56 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Felda Wellness Corp (FWC) menjangka ekstrak kultur kelapa keluarannya, Neutrax, menembusi pasaran Amerika Syarikat dan Korea Selatan pada Jun tahun ini.

Ketua Perancangan Strategik Korporatnya Ikmal Hisham Mohd Kamal berkata FWC, unit di bawah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan Malaysia atau Felda, sedang menunggu kelulusan daripada Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) bagi Neutrax.

"Sebaik sahaja kami memperoleh sijil Secara Umumnya Diiktiraf Sebagai Selamat oleh FDA, Neutrax akan dieksport ke AS dan Korea Selatan sebagai bahan mentah di mana ia akan dikilangkan sebagai produk akhir.

"Kami juga sedang mendapatkan kebenaran rasmi bagi Neutrax, produk berasaskan tumbuhan dalam bentuk cecair, untuk diklasifikasikan sebagai ubatan," katanya kepada Bernama, Isnin.

Ikmal Hisham berkata, FWC juga sedang mengumpul data dalam usaha menjadikan Neutrax penawar bagi penyakit denggi.

"Oleh kerana denggi masih belum ada penawar lagi, kita sedang menumpukan usaha untuk memerangi penyakit ini. Penyelidikan telah dilakukan lebih daripada setahun dan keputusannya adalah positif," katanya.

Ikmal berkata, dari segi penyelidikan, FWC sedang berusaha untuk mengenal pasti 936 unsur-unsur sebatian dalam Neutrax untuk menentukan penyakit yang ia boleh sembuhkan.

"Satu sebatian boleh menyembuhkan satu penyakit dan oleh itu terdapat banyak penyakit yang berpotensi boleh disembuhkan.

"Pada tahap ini Neutrax sedang melalui fasa penyelidikan seperti ujian vitro, ujian menggunakan tikus dan kemudiannya, ujian klinikal manusia," katanya.

Neutrax boleh didapatkan di farmasi Watson's dan Guardian di seluruh negara di bawah kategori makanan kesihatan.

Tags / Kata Kunci: Neutrax , FWC , Ikmal Hisham Mohd Kamal

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan