Boeing Serah Pesawat 787 Dreamliner Pertama Scoot - Niaga | mStar

Boeing Serah Pesawat 787 Dreamliner Pertama Scoot

Diterbitkan: Isnin, 2 Februari 2015 4:32 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Boeing dan Scoot Pte Ltd mengumumkan penyerahan pesawat 787 Dreamliner pertama bagi syarikat penerbangan berpangkalan di Singapura itu.

Pesawat berkenaan akan memainkan peranan penting dalam rancangan strategik syarikat penerbangan tambang rendah berkenaan dalam usaha untuk memperluaskan kumpulan pesawat perjalanan jarak jauhnya.

"Kami teruja menerima pesawat pertama 787 Dreamliner ini," kata Ketua Pegawai Eksekutif Scoot Campbell Wilson dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dari Everett, Washington, Isnin.

"Dreamliner menawarkan perubahan bagi Scoot, membolehkan penumpang kami  menikmati pengalaman baharu di samping dapat memperluaskan rangkaian kami.

"Kemajuan ketara pesawat 787 dalam kecekapan akan membolehkan Scoot terus menawarkan perkhidmatan yang selamat dan boleh dipercayai dengan peningkatan keselesaan, malah nilai tambang yang lebih lagi," kata Wilson.

Pesawat 787, dalam kumpulan pesawat yang maju dari segi teknologi, amat efisen dengan ciri-ciri yang memberi keselesaan kepada penumpang.

Pesawat ini juga menawarkan prestasi yang baik bagi alam sekitar dan kecekapan bahan api kepada Scoot dengan kurang 20 peratus penggunaan bahan api dan kurang 20 peratus pelepasan asap berbanding pesawat yang digantikannya.

"Kami berbangga dengan penyerahan pesawat 787 ini kepada Scoot dan penyertaan syarikat penerbangan ini ke dalam kumpulan pengendali pesawat 787," kata Naib Presiden Kanan Jualan Asia Pasifik dan India Boeing Commercial Airplanes, Dinesh Keskar.

"Pesawat baharu Dreamliner memberi nilai yang tinggi kepada operasi Scoot dan menyediakan pengalaman yang hebat kepada penumpang Scoot."

Penumpang yang menggunakan pesawat baharu Scoot ini akan menikmati pengalaman yang hebat dengan ciri-ciri selesa pesawat Dreamliner seperti ruang yang lebih luas serta ruang bagasi lebih besar.

Pesawat dengan teknologi canggih itu menyediakan perjalanan penumpang yang hebat dan membolehkan penumpang tiba di destinasi mereka dengan lebih selesa.

Syarikat penerbangan itu akan menerima 19 lagi pesawat 787 Dreamliner.

Pesawat berkenaan pada asalnya ditempah syarikat induk Scoot, Singapore Airlines, yang termasuk 10 pesawat 787-9 dan 10 pesawat 787-8.


Tags / Kata Kunci: Boeing , Scoot Pte Ltd , Dreamliner
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan