Ivory Group Jual 49 Peratus Saham Dalam AVL

Diterbitkan: Khamis, 22 Januari 2015 4:17 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ivory Properties Group Bhd (Ivory) memeterai perjanjian jual beli dengan Aspen Vision Development Sdn Bhd untuk menjual kesemua 49 peratus saham dalam Aspen Vision Land Sdn Bhd (AVL) dengan harga RM55 juta.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, Ivory berkata penjualan itu merangkumi 1.96 juta saham biasa bernilai RM1 setiap satu dan 177,380 saham keutamaan boleh tebus (RPS) bernilai RM1 setiap satu pada harga terbitan RM100.00 bagi setiap RPS.

"Penjualan tersebut membolehkan syarikat memanfaatkan nilai pelaburannya dengan segera memandangkan pengurusan memilih untuk menumpukan kepada projek di Pulau Pinang dan negeri-negeri lain yang boleh menjana pendapatan bagi tempoh matang pendek," katanya.

Pembayaran bagi harga penjualan akan dibuat dengan tiga kali ansuran.

Ivory berkata, separuh daripada bayaran akan dibayar selepas perjanjian yang berjumlah RM27.5 juta, RM10 juta lagi dibayar dalam tempoh 45 hari daripada tarikh perjanjian manakala baki RM17.5 juta akan dibayar dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh perjanjian itu.

Tags / Kata Kunci: Ivory Group , Aspen Vision Development , RPS

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan