Panasonic Ambil Alih RFNET Technologies

Diterbitkan: Khamis, 8 Januari 2015 4:24 PM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Panasonic Asia Pacific Pte Ltd akan memiliki 51.9 peratus kepentingan dalam RFNET Technologies Pte Ltd, sebuah syarikat penyelesaian rangkaian, pengawasan serta wayarles rekaan khas dari Singapura, sebaik sahaja pengambilalihan syarikat itu selesai menjelang pertengahan Januari 2015.

Panasonic dalam satu kenyataan berkata, ia telah pun merancang untuk mengembangkan perniagaan penyelesaian sistem infrastruktur RFNET di dalam Asia.

"Syarikat itu akan memberi fokus untuk membangunkan tiga penyelesaian sistem infrastruktur : jaringan komunikasi komersial, penyelesaian pengangkutan pintar dan rangkaian wayarles peribadi," katanya.

Pengambilalihan RFNET akan mengembangkan perniagaan rangkaian komersial WiFi  Panasonic di Asia.

Sementara itu, RFNET berkata keupayaan pembangunan produknya, pemahaman terhadap pasaran tempatan, kehadiran yang teguh dalam sektor pendidikan dan pengangkutan awam, akan melengkapi dan mengembangkan lagi tawaran penyelesaian infrastruktur Panasonic di rantau ini.

RFNET mempunyai kepakaran khusus dalam penyelesaian rangkaian WiFi komersial yang direka khas untuk sektor awam dan kegunaan di luar bangunan.

Syarikat yang berpangkalan di Singapura itu menyediakan penyelesaian pasang siap, pemasangan sistem dan perundingan reka bentuk tanpa wayar kepada sektor pendidikan dan pengangkutan awam.

Tags / Kata Kunci: Panasonic Asia , RFNET , Singapura

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan