JAKS Dapat Kontrak RM55.3 Juta Projek Pengurusan Aset Air

Diterbitkan: Isnin, 22 Disember 2014 7:35 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: JAKS Sdn Bhd (JAKS) telah memperoleh kontrak bernilai RM55.3 juta bagi pembekalan dan pemasangan paip untuk Pakej Kelima cadangan pembangunan Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Penyeliratan Air di Selangor dan Kuala Lumpur.

Kontrak itu dianugerahkan oleh Pengurusan Aset Air Bhd. JAKS Sdn Bhd adalah anak syarikat JAKS Resources Bhd.

"Kontrak itu bagi tempoh 24 bulan dan dijangka dapat disiapkan menjelang Januari 2017," kata JAKS dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia, Isnin.

Syarikat itu turut mengunjurkan kontrak itu memberi sumbangan positif kepada pendapatan dan perolehan Kumpulan JAKS bagi tempoh kewangan berakhir  31 Disember 2015, dan tahun kewangan seterusnya dalam tempoh pelaksanaannya.

Ia juga tidak memberi kesan terhadap hutang syarikat itu.

Perjanjian itu juga tidak memberikan kesan material terhadap aset bersih sesaham bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014.

Tags / Kata Kunci: JAKS , Langat 2 , air

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan