suria

Rakuten Online Shopping Mahu Perkasakan PKS Melalui Perkongsian Strategik

KUALA LUMPUR: Rakuten Online Shopping berhasrat untuk memacu pembangunan e-dagang Malaysia dalam kalangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dengan memperkasakan mereka dengan peralatan dan pengetahuan.

Menurut syarikat itu dengan langkah berkenaan, PKS boleh berjaya dan mencapai lebih ramai pelanggan melalui perkongsian dengan perniagaan lain yang memiliki sinergi dan falsafah yang sama.

"Dengan perkongsian yang betul, kami boleh mewujudkan rangkaian yang menawarkan entiti perniagaan di Malaysia dengan alat dan pengetahuan yang tepat  bagi melancarkan produk serta perkhidmatan mereka kepada khayalak yang lebih luas," kata Ketua Negara bagi Rakuten Malaysia dan Pengarah Rakuten Asia, Masaya Ueno dalam satu kenyataan.

Bagi meningkatkan penggunaan e-dagang oleh PKS, Rakuten Online Shopping telah bekerjasama dengan Perbadanan Pembangunan Multimedia dalam pelbagai inisiatif termasuk jualan Siber pertama Malaysia dan platform kerjasama PKS yang dikenali sebagai MyElite Biz.

Perkongsian ini membolehkan Rakuten melanjutkan peluang kepada PKS untuk mengadakan perniagaan dalam talian dan membantu meningkatkan jualan serta pendapatan, menambah produktiviti dan penglibatan pelanggan.

Pada Januari 2014, Rakuten memperkenalkan Program Perlindungan Pembeli, satu inisiatif bagi mencipta ekosistem e-dagang yang boleh dipercayai pengguna.

Rakuten Online Shopping yang ditubuhkan pada November 2012, telah menyaksikan peningkatan sebanyak 25 peratus sebulan dalam pendaftaran keanggotaan sejak pelancarannya.

Dengan lebih 100,000 produk dari lebih 600 peniaga, Rakuten Online Shopping melalui perniagaan ke perniagaan miliknya yang unik kepada platform pasaran pelanggan, membolehkan peruncit dan pelanggan membina hubungan terus antara satu sama lain.

Rakuten Online, PKS, e-dagang

Artikel Lain