Rundingan TPPA: Kerajaan Optimis Kembangkan Industri Automotif

Diterbitkan: Selasa, 2 Disember 2014 2:04 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) diharap mampu mengakses lebih banyak peluang untuk mengembangkan industri automotif negara dan melindungi industri tempatan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kerajaan optimis dengan sasaran itu, bagaimanapun ianya juga bergantung kepada harga yang kompetitif dan kualiti kenderaan buatan Malaysia.

"Apapun kita lakukan kena kompetitif kerana daya saing bergantung kepada dua perkara iaitu kualiti produk dan harga, kalau kualiti kenderaan kita bagus dan harga munasabah maka dapat kita jual.

"Kita tidak boleh paksa pengguna (beli kenderaan tempatan) tapi galakkan mereka yang akhirnya kita kena yakinkan mereka (dengan kualiti)," katanya menjawab soalan tambahan Senator Zaitun Mat Amin di Persidangan Dewan Negara, di sini, Selasa.

Zaitun ingin tahu langkah kerajaan bagi memastikan pembangunan industri automotif tempatan, khususnya Proton dan Perodua selari dengan hasrat Dasar Automotif Negara serta tidak terjejas dengan TPPA.

Mustapa menarik perhatian bahawa industri automotif negara masih tidak memberangsangkan apabila jumlah import kenderaan jauh lebih tinggi berbanding eksport kenderaan tempatan ke luar negara.

"Setakat ini saya tidak berpuas hati kerana eskport produk Malaysia dalam bidang automotif rendah, tahun lalu cuma RM900 juta eskport kereta kita ke luar negara berbanding import kira-kira RM12 bilion," katanya.

Beliau berkata situasi sama dialami komponen kenderaan apabila hanya RM4 bilion komponen tempatan di eksport berbanding import sebanyak RM8 bilion.

Katanya statistik itu menunjukkan industri automotif negara berdepan cabaran besar untuk bersaing, namun ianya boleh diatasi dengan meningkatkan daya saing melalui kualiti dan harga.

Peningkatan daya saing juga akan membela nasib kira-kira 500,000 pekerja langsung dan tidak langsung dalam sektor berkenaan.

TPPA ialah cadangan perjanjian perdagangan bebas yang membabitkan 12 negara, iaitu Amerika Syarikat, Malaysia, Singapura, Vietnam, Kanada, Australia, Jepun, Peru, New Zealand, Chile, Mexico dan Brunei dan rundingan mengenai cadangan itu masih berjalan.

Tags / Kata Kunci: TPPA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan