Malaysia, Thailand Perkukuh Kerjasama Dagangan Dua Hala, Stabil Harga Getah Asli

Diterbitkan: Isnin, 1 Disember 2014 6:36 PM

Najib Tun Razak bersama rakan sejawatnya dari Thailand, Jeneral Prayut Chan-O-Cha hadir pada mesyuarat dua hala sempena lawatan rasmi sehari ketika di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra di sini, Isnin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia dan Thailand akan membincangkan lebih lanjut kerjasama untuk menstabilkan harga getah asli.

Beliau berkata, adalah penting bagi Malaysia, Thailand dan Indonesia meneruskan kerjasama bagi menyokong kerja-kerja Majlis Getah Tiga Pihak Antarabangsa (ITRC) untuk mengelakkan harga getah terus jatuh.

"Kedua-dua negara juga bersetuju untuk memasukkan Vietnam dalam proses berkenaan dan juga untuk meneroka cara dan kaedah untuk meningkatkan penggunaan getah dalam pelbagai produk baharu lain," kata Najib, Isnin.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi hos majlis makan tengah hari untuk Perdana Menteri Thailand Jen Prayut Chan-o-cha di Seri Perdana sempena lawatan rasmi Prayut di sini.

Najib berkata, rakan sejawatannya turut membincangkan strategi pembangunan bersama bagi kawasan sempadan termasuk penubuhan bandar getah untuk menggalakkan industri getah asli kedua-dua negara.

Mengenai perdagangan dua hala antara kedua-dua negara, Najib berkata ia sentiasa mengalami aliran meningkat kecuali tahun ini.

"Ini disebabkan kelembapan ekonomi dunia dan juga Thailand, yang turut mempengaruhi perdagangan dua hala," kata beliau.

Mengenai masa depan, Najib berharap perdagangan dua hala antara kedua-dua negara akan meningkat antara US$25 bilion dan US$26 bilion berbanding RM78.6 bilion yang dicatatkan pada 2103.

Bagi terus mengukuhkan hubungan ekonomi antara negara, Najib berkata negara jiran itu juga mengalu-alukan pelaburan Malaysia dan begitu juga sebaliknya.


Tags / Kata Kunci: Thailand , getah asli , dagangan dua hala

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan