Bina Darulaman Beli Tanah Bernilai RM202 Juta Di Kedah

Diterbitkan: Ahad, 23 November 2014 4:19 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Bina Darulaman Bhd (BDB) akan membeli beberapa bidang tanah bernilai RM202 juta di beberapa daerah di negeri ini untuk meningkatkan simpanan tanahnya.

Pengarah Urusan Kumpulan BDB, Datuk Izham Yusoff berkata, pembelian tanah dengan keluasan 467.4 hektar itu telah mendapat persetujuan semua pemegang saham BDB.

"Simpanan tanah kita hanya tinggal kira-kira 300 hektar. Pasaran hartanah perlu sentiasa ada stok untuk projek-projek pembangunan," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung Luar Biasa BDB di sini, Ahad.

Izham berkata, lokasi tanah berkenaan ialah di Langkawi seluas 91.6 hektar, Hosba dekat Jitra (79.8 hektar), Pokok Sena (51.5 hektar), Sungai Lalang di Sungai Petani (93.1 hektar) dan Sungai Ular di Kulim (151.4 hektar).

"Tanah-tanah ini akan dibangunkan untuk pelbagai jenis pembangunan dan boleh dikatakan sebahagian besarnya untuk perumahan dan bagi tanah seperti di Langkawi, kita bercadang untuk bangunkan pembangunan berkonsep eko-pelancongan.

"Pembangunan hartanah menjadi penyumbang utama kepada hasil dan pendapatan kumpulan sebelum ini, ia dijangka kekal dalam aliran meningkat dengan cadangan pengambilan tanah ini," katanya.
Tags / Kata Kunci: Bina Darulaman , tanah , Kedah , Izham Yusoff

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan