MAS Perkenal Khidmat Sewa Khas ke Pulau Christmas Mulai 13 Dis

Diterbitkan: Khamis, 20 November 2014 11:13 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bahagian Sewa Khas Penerbangan Malaysia (MAS) akan memperkenalkan perkhidmatan sewa khas antara Kuala Lumpur dan Pulau Christmas, Australia bermula 13 Disember ini sehingga 31 Januari 2015.

Perkhidmatan itu diperkenalkan ekoran susulan kontrak yang dimeterai antara Naib Presiden MAS (Bahagian Haji dan Sewa Khas) Yazid Mohamed dan Pengarah Christmas Island Air, Gee Foo.

"Kami berbangga dapat bekerjasama dengan Christmas Island Air sekali lagi tahun ini kerana perkhidmatan ini juga akan menggalakkan pelawat dari Pulau Christmas melawat Malaysia," kata Yazid dalam kenyataan di sini, Khamis.

Sementara itu Gee Foo berkata, perkhidmatan tersebut membolehkan pelawat dari Malaysia terbang terus dari Kuala Lumpur ke Pulau Christmas berbanding menerusi Perth sekarang.

Penerbangan menggunakan pesawat B737-800 berkapasiti 156 penumpang itu akan berlepas dari Kuala Lumpur pada 10.10 pagi dan tiba di Pulau Christmas pada 11.50 pagi sebelum kembali ke Kuala Lumpur pada pukul 4.20 petang. 


iklan

Kolumnis

iklan

Iklan