Pendaftaran CBP Meningkat Kepada 127,767

Diterbitkan: Jumaat, 7 November 2014 12:46 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jumlah syarikat yang berdaftar untuk cukai barang dan perkhidmatan (CBP) sebanyak 127,767 sehingga 6 Nov, peningkatan sebanyak 2,551 berbanding sehari sebelumnya, kata Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Menerusi satu kenyataan, jabatan itu berkata data berkenaan menunjukkan peningkatan berterusan bilangan syarikat yang mendaftar untuk sistem percukaian baharu itu sebelum tarikh akhir pada 31 Dis.

Kerajaan menetapkan sasaran mendaftarkan 140,000 syarikat untuk GST, yang akan dilaksanakan mulai 1 April, 2015.

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pelaksanaan CBP tidak akan ditangguhkan.

Berdasarkan peningkatan harian jumlah syarikat yang berdaftar, beliau yakin kira-kira 200,000 akan berbuat demikian menjelang akhir tahun ini.


Tags / Kata Kunci: CBP , GST

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan