Pas Mula Kerja Usahawan Ekspatriat Dikeluarkan Tahun Depan

Diterbitkan: Rabu, 15 Oktober 2014 5:55 PM

Mohd Irwan Serigar selepas majlis pelancaran Akademi Permulaan MaGIC, Rabu.

(Ubah saiz teks)

CYBERJAYA: Satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan Januari depan bagi mengeluarkan 'pas permulaan kerja' kepada usahawan ekspatriat yang akan menubuhkan syarikat permulaan di Malaysia.


Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar berkata, jawatankuasa yang diketuai Jabatan Imigresen itu yang antara lain dianggotai Pusat Inovasi Global dan Kreativiti Malaysia (MaGIC), juga akan membuat saringan terhadap usahawan ekspatriat yang berminat untuk memulakan operasi di negara ini.

Selain itu, beliau berkata, usahawan ekspatriat permulaan akan diberi pas kerja permulaan untuk tempoh setahun.

"Dalam tempoh setahun, kita akan menilai kemajuan syarikat permulaan. Jika difikirkan syarikat itu berkembang dan dapat mengambil pekerja tempatan, kita akan melanjutkan pas tersebut.

"Ini merupakan satu perkembangan yang baik untuk memperkukuh ekosistem (syarikat) permulaan di Malaysia agar pertumbuhan ekonomi negara lebih mampan dan lebih kompetitif di rantau ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Akademi Permulaan MaGIC di sini, Rabu.

Ketika membentangkan Bajet 2015, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan modal berbayar kini ditetapkan pada RM75,000 bagi menarik lebih ramai usahawan ekspatriat membuka syarikat di Malaysia.

Sementara itu, Irwan menyarankan wanita merebut peluang untuk kembali ke pasaran kerja, khususnya dalam keusahawanan, melalui program seperti '1Malaysia Support for Housewife dan Women Career Comeback', dalam Bajet 2015.

"Kita mendapati ramai pelajar wanita di Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, namun penglibatan golongan wanita selepas tamat pengajian adalah rendah.

"Kita berharap MaGIC yang menawarkan latihan dan kemahiran keusahawanan dapat meningkatkan penglibatan wanita dalam pasaran kerja, khususnya dalam bidang keusahawanan," katanya.

Najib yang juga Menteri Kewangan mengumumkan bahawa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat diperuntukkan RM2.26 bilion bagi mempergiat penglibatan wanita dalam pasaran kerja dan aktiviti keusahawanan. 

 

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan