KDNK: Teknologi Hijau Sumbang RM70 Bilion Menjelang 2030

Diterbitkan: Selasa, 14 Oktober 2014 4:39 PM

Ahmad Hadri Haris

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sektor teknologi hijau dijangka menyumbang RM70 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2030, kata Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Green Technology Corp (GreenTech), Ir Ahmad Hadri Haris.


Ahmad Hadri berkata, sektor itu, yang ketika ini menyumbang RM5 bilion kepada KDNK, mempunyai potensi besar untuk mencapai sasaran tersebut.

"Jika lihat Eropah, terdapat dorongan yang kuat bagi tenaga bersih, terutamanya dalam sektor pengangkutan, industri pembinaan, tenaga dan rumah perseorangan.

"Ia akan menembusi kawasan ini apabila terdapat 600 juta penduduk di rantau ini dan mereka memerlukan tenaga, pengangkutan, air dan pengurusan sisa," katanya kepada Bernama.

Katanya, selain sumbangan kepada KDNK, teknologi hijau juga akan merangsang peluang perniagaan.

"Ia merupakan bidang (teknologi hijau) yang akan terus berkembang dan itu antara sebab platform seperti Persidangan dan Pameran Produk Eko dan Teknologi Hijau Antarabangsa Malaysia (IGEM 2014) penting sebagai pintu gerbang kepada kita," katanya.

Ahmad Hadri berkata, IGEM diiktiraf sebagai acara penting di rantau ini.

IGEM 2014, bertemakan 'Membina Kekayaan Hijau', akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dari 15 hingga 19 Oktober.

Ia dijangka menarik 60,000 pengunjung ke pameran tersebut.

IGEM 2014 akan bermula dengan siri persidangan dan topik-topik yang menumpukan kepada pertumbuhan hijau, kemampanan, pelaburan dan kewangan, teknologi hijau, teknologi komunikasi dan maklumat, inovasi dan tenaga solar.

GreenTech menjangkakan kira-kira 600 ruang pameran dari 16 negara dan Malaysia, katanya.

Beliau berkata, IGEM bukan hanya persidangan dan pameran semata-mata kerana terdapat aktiviti lain yang selari dengannya.

"Antaranya ialah dialog industri dengan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

"Menteri Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili dan wakil industri dari Singapura, Kemboja akan turut hadir," katanya.

Ahmad Hadri berkata, terdapat sesi padanan perniagaan dianjurkan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, selain Anugerah Kecemerlangan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air bagi peserta industri utama dan penggalak hijau.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan anugerah tersebut, katanya.

IGEM turut menerima sokongan daripada Kesatuan Eropah (EU)-Dewan Perniagaan dan Industri Malaysia untuk membawa masuk syarikat Eropah yang inovatif bagi mempamerkan teknologi mereka dan memperkenal rakan kongsi perniagaan kepada pihak berkepentingan tempatan.

GreenTech Malaysia, merupakan organisasi bukan berasaskan keuntungan di bawah bidang kuasa Kementerian, Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, merupakan penganjur bersama IGEM 2014 bersama rakan kongsi acara mereka, Expomal. 


Tags / Kata Kunci: teknologi hijau , KDNK , GreenTech

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan