Integriti Dua Jenama AmGeneral Insurance Sedang Berjalan - CEO

Diterbitkan: Khamis, 9 Oktober 2014 5:27 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Proses integrasi dua jenama di bawah AmGeneral Insurance Bhd sedang berjalan selepas pengambilalihan Kurnia Insurans (Malaysia) Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Derek Roberts.


Susulan pengambilalihan Kurnia Insurans pada 2012 oleh AmG Insurance Bhd (AmG), AmBank Group menamakan semula anak syarikat insurans amnya, AmGeneral Insurance.

Penyedia insurans itu mengambil alih sepenuhnya Kurnia Insurans dengan nilai RM1.627 bilion pada 2012.

Roberts berkata penyedia insurans itu ketika ini sedang memuktamadkan proses integrasi antara dua jenama itu, bagaimanapun enggan mendedahkan tarikh selesai proses tersebut.

"Kami kini di peringkat akhir integrasi antara dua jenama itu di bawah AmGeneral, dan kami berharap dapat menyelesaikannya dengan segera selepas mengkaji semua aspek yang diperlukan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan AmAssurance Express di sini.

Susulan penyelesaian integrasi tersebut, dua jenama insurans itu akan terus ditawarkan kepada pelanggan, berikutan kedua-dua jenama tersebut akan melengkapi antara satu sama lain dan menawarkan pelbagai produk kepada pelanggan.

Mengenai perkhidmatan baharu itu, Roberts berkata ia merupakan perkhidmatan penyelesaian tuntutan motor ekspres yang menawarkan pembayaran segera kepada pelanggan bagi tuntutan mereka sehingga maksimum RM3,000 secara terus ke akaun bank mereka.

Roberts juga berkata 80 peratus daripada pendapatan kumpulan adalah daripada insurans motor, dengan selebihnya daripada insurans bukan motor.

AmGeneral merupakan 51 peratus dimiliki AmBank (M) Bhd dan 49 peratus dimiliki Insurance Australia Group Ltd.


Tags / Kata Kunci: AmGeneral Insurance Bhd , integrasi

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan