Pasaran Kewangan Islam Negara Meningkat Kepada 25 Peratus Tahun Ini

Diterbitkan: Selasa, 23 September 2014 6:46 PM

(Ubah saiz teks)

NILAI: Bahagian pasaran kewangan Islam negara berkembang daripada enam peratus pada 2000 kepada 25 peratus tahun ini, kata Dekan Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Profesor Madya Dr Amir Shaharuddin.


Bagaimanapun, katanya, walaupun sistem kewangan Islam telah berkembang maju tetapi banyak isu-isu yang masih lagi belum selesai.

"Walaupun kita nampak trendnya meningkat, tetapi kita nak bentukkan industri itu ke arah yang lebih bermakna dan memberi impak kepada masyarakat. Sebab sekarang ini isunya ialah orang kata perbankan Islam itu mahal iaitu tidak betul-betul membantu golongan yang kurang berkemampuan dan di sini timbul isu kewangan mikro.

"Aspek yang masih belum ditekankan ialah kewangan mikro iaitu bagaimana golongan orang miskin dan tidak berkemampuan hendak mendapatkan produk-produk kewangan Islam," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian seminar Kewangan Islam, Perakaunan dan Kewangan (iBAF) 2014 oleh Pengarah Perbankan Islam dan Takaful Jabatan, Bank Negara Malaysia Wan Mohd Nazri Wan Osman, di sini, Selasa.

Menurutnya, kewangan mikro masih baharu di negara ini dan kurang mendapat perhatian manakala di negara seperti Indonesia, Sudan, Bangladesh dan Pakistan, kewangan mikro telah berjaya memberi peluang kepada golongan kurang upaya untuk turut serta dalam sistem kewangan Islam.

Antara contoh kewangan mikro di negara ini ialah agensi Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang memberi bantuan kepada golongan kurang berkemampuan.

"Namun di negara kita ada masalah di mana kita berhadapan dengan masalah 'Along' iaitu pinjaman secara haram yang tidak mengikut undang-undang di mana ramai masyarakat kita pergi ke 'Along' untuk mendapatkan pinjaman," katanya.

Sementara itu, katanya, bahagian kewangan wakaf juga mempunyai potensi sangat besar memandangkan di negara ini banyak dana wakaf tidak diurus secara sistematik dan berkesan.

"Kita banyak tanah wakaf berpotensi tinggi yang terbiar yang sepatutnya diurus dengan cara berkesan tapi malangnya setakat ini masih lagi belum betul-betul membuktikan potensi tersebut. Masalah wakaf ini ialah masalah kelemahan dari sudut pengurusan harta wakaf," katanya.

Seminar dua hari itu disertai 80 peserta termasuk dari 15 negara antaranya Libya, Jordan, Mesir, Nigeria dan Indonesia.

Seminar anjuran FEM USIM ini menyediakan platform kepada penyelidik dan pengamal industri bagi meningkatkan penguasaan kewangan Islam dalam sektor kebajikan sosial dan komersial.

Sebanyak 80 kertas kerja dibentangkan dalam seminar ini oleh pembentang dalam dan luar negara.


Tags / Kata Kunci: Usim , kewangan Islam

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan