Perodua Sasar Capai Jualan 30,000 Unit Axia - Niaga | mStar

Perodua Sasar Capai Jualan 30,000 Unit Axia

Diterbitkan: Isnin, 15 September 2014 9:53 PM

Perodua Axia.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menjangka untuk mencapai sasaran jualan 30,000 unit Perodua Axia pada akhir tahun ini, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Aminar Rashid Salleh.

Beliau berkata sejak tempahan dibuka pada 15 Ogos, pihaknya menerima tempahan sebanyak 13,500 unit, dengan tempahan harian antara 500 dan 600 unit.

"Kebanyakan permintaan ialah bagi varian Standard G, transmisi automatik dan manual, yang menyumbang sekitar 50 peratus daripada jumlah tempahan," katanya pada taklimat media mengenai pelancaran model itu di sini, Isnin.

Ketika ini, Aminar berkata tempoh tempahan bagi model tersebut ialah 1.5 bulan dan tempoh maksimum dijangka di bawah dua bulan.

Semasa pelancaran tersebut, pengeluar kenderaan kompak itu turut mengumumkan kedudukan harga yang lebih baik bagi semua varian Axia. 

"Kami terharu dengan sambutan menggalakkan daripada orang ramai dan kami menghormati kepercayaan itu serta sokongan, dengan memberikan yang terbaik yang dapat kami tawarkan. 

"Senarai harga sebelum ini adalah bersifat sementara dan kami gembira untuk mengumumkan bahawa kami dapat memberikan harga yang lebih baik kepada pelanggan kami," katanya. 

Harga tentatif bagi model tersebut ialah daripada RM24,900 kepada RM45,300 manakala harga baharu ialah daripada RM24,600 kepada RM42,530. 

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin melancarkan Perodua Axia di sini Isnin.

Turut hadir Duta Jepun ke Malaysia Makio Miyagawa, Pengerusi Perodua Tan Sri Asmar Kamaluddin dan Pengerusi Daihatsu Motor Co Koichi Ina. 

Tags / Kata Kunci: Perodua Axia , Aminar Rashid Salleh
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan