KWSP Tidak Terlibat Rundingan Bentuk Bank Mega

Diterbitkan: Jumaat, 5 September 2014 6:07 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak terlibat dalam sebarang perbincangan mengenai cadangan penggabungan yang akan mewujudkan bank terbesar di negara ini.

Bank-bank yang terlibat adalah CIMB Group Holdings Bhd, RHB Capital Bhd dan Malaysia Building Society Bhd.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, KWSP berkata ia hanya telah meminta lembaga pengarah RHB supaya mempertimbangkan kedudukan kumpulan itu sebagai penjaga hak dan simpanan 14 juta rakyat Malaysia yang bekerja, yang layak bersuara dalam menentukan masa depan pelaburan mereka.

"Kami kesal dengan tindakan pihak-pihak ini yang dilihat meletakkan KWSP dalam kedudukan yang tidak baik dan secara terdahulu telah menghalang perbincangan yang adil dengan pemegang saham yang mempunyai hak sebenar untuk membuat penentuan.

"Keadaan unik ini memerlukan pertimbangan yang teliti dan berhati-hati kerana apa-apa sahaja keputusan yang berlawanan akan menganggu KWSP dalam menjalankan mandat perkhidmatannya kepada rakyat Malaysia," katanya.

Kenyataan KWSP itu merupakan maklum balas kepada artikel akhbar The Star dan The Edge Financial Daily pada Jumaat yang melaporkan pembocoran maklumat berhubung hak mengundi KWSP bagi penggabungan yang dicadangkan itu.

"Kami terkejut apabila ada pihak-pihak tertentu secara tidak adil telah mengedarkan surat dan perbincangan sulit di peringkat lembaga pengarah kepada pihak media.

"Tindakan mereka ini tidak boleh diterima di bawah undang-undang Malaysia dan dengan jelas merupakan pelanggaran kepada amanah dan tanggungjawab profesional," katanya.

KWSP juga telah meminta supaya tindakan sewajarnya diambil untuk menyiasat perkara ini dan menyelesaikan masalah salah laku ini.


Tags / Kata Kunci: Bank Mega , KWSP

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan