Ekonomi Malaysia Cukup Kukuh Tanpa Subsidi - Rabobank

Diterbitkan: Selasa, 12 Ogos 2014 7:12 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia cukup kukuh untuk tidak lagi bergantung kepada subsidi, kata Pengarah dan Ketua Penyelidikan Pasaran Kewangan Rabobank bagi Asia-Pasifik, Michael Every.

Beliau berkata, langkah ini akan memberi manfaat kepada negara dalam tempoh jangka panjang berikutan subsidi boleh digunakan untuk perbelanjaan yang lebih berguna seperti infrastruktur.

"Jika kerajaan serius untuk menurunkan defisit fiskal, itu (rasionalisasi subsidi‎) merupakan cara paling mudah untuk melakukannya," katanya kepada pemberita selepas Seminar Pelanggan 2014 bank koperasi Belanda di sini, Selasa.

Every berkata, rasionalisasi akan memberi kesan kepada ekonomi dalam tempoh jangka pendek berikutan semua orang perlu menyesuaikan kepada struktur ekonomi baharu.

"Ia akan membantu mereka yang berkenaan untuk membuat keputusan ekonomi yang lebih rasional dalam tempoh jangka panjang, merupakan baik untuk Malaysia. Saya tak fikir rakyat Malaysia bergantung kepada subsidi (pada masa ini). Ia hanya digunakan untuk mereka.

"Terdapat perbezaan antara bergantung kepada sesuatu dan digunakan untuk sesuatu," katanya.

Every berkata, selain rasionalisasi subsidi, pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan boleh memainkan peranan penting dalam menurunkan defisit fiskal berikutan tiada masa yang benar-benar sesuai untuk melaksanakannya.

"Kerajaan mungkin melihat sekeliling dan berkata, "latar belakang global agak membimbangkan, ia bukan masa yang sesuai".

"Malangnya, tahun demi tahun, tidak akan ada masa yang sesuai untuk melaksanakannya. Mungkin, mereka perlu melaksanakannya sekarang, dan menerimanya," katanya.

Every berkata, prospek ekonomi Malaysia pada separuh kedua tahun ini kekal positif, didorong oleh momentum pertumbuhan ekonomi yang baik.

"Berlatarkan ekonomi global yang agak membimbangkan, sangat menyenangkan melihat ekonomi yang mempunyai petunjuk kukuh dalam banyak bidang utama," katanya.

Bagaimanapun, beliau mengunjurkan bahawa ringgit merosot sedikit dalam tempoh 12 bulan akan datang, sebahagian besarnya didorong oleh jangkaan pasaran kenaikan kadar faedah AS.

"Bagaimanapun, dalam tempoh terdekat, saya tidak percaya bahawa ringgit mengalami lebihan belian, saya fikir momentum semasa akan terus menyokongnya," katanya.

Malaysia perlu terus merangsang pertumbuhan ekonomi untuk mengimbangi hutang isi rumah yang tinggi, katanya sambil menambah bahawa secara keseluruhannya, ekonomi berkembang dan pelbagai, tetapi terjejas oleh paras hutang isi rumah yang tinggi, kebanyakannya kos hutang gadai janji.

"Hutang gadai janji berkaitan dengan prospek pasaran perumahan. Seperti yang kita (ketahui) daripada ekonomi lain, paras hutang gadai janji yang tinggi akan memberi impak negatif kerana sukar untuk terus meningkatkan hutang apabila paras (hutang) telah berada pada paras tinggi," katanya.

Beliau berkata, meningkatkan eksport dan membayar gaji lebih tinggi mungkin menjadi penyelesaian terbaik berikutan,"jika kita dapat meningkatkan permintaan domestik, mengekalkan pertumbuhan gaji tanpa inflasi, dan mengekalkan jumlah eksport yang tinggi, kita dapat menangani isu ini."


Tags / Kata Kunci: Rabobank , Michael Every , subsidi

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan